"njet steng, sekarang!"
aku hanya mendengar malas kahar yang menyuruh kami para tingkatan 4 untuk njet steng -- kecuali aku tentunya.
"sekarang bagitahu aku, siapa yang arahkan kau orang untuk tak datang semasa aku panggil tu?!" ia mendekat ke arah lelaki - lelaki yang masih sedang melakukan njet steng itu. aku hanya berdiri di atas pentas bersama dengan hakeem, fahmi dan zahrin -- kahar selek, dia paksa aku suruh duduk atas ni.
"oh tak nak ngaku? tak apa, kalau aku dapat tahu, memang batu nisan kau aku buat."
uish, tacod kita.
"aku yang suruh diorang tak datang."
kejap mata aku tak salah lihat kan? itu fakhri ke yang angkat tangan tu? mamat ni dah hilang akal ke macam mana ni.
"engkau? fakhri? engkau yang suruh? heh, aku dah agak dah. engkau ni memang setan engkau tahu?" kaki kahar melangkah mendekat ke arah fakhri yang masih setia dalam posisi yang sama, tidak gentar mahupun sedikit sahaja berundur saat wajah kahar benar - benar berada dihadapan matanya.
"apahal? kau nak settle dengan aku? jomlah, itu memang tujuan aku."
aku rasa tujuan kau adalah untuk ubah high council, tapi kenapa seakan - akan kau pun sepertinya malah dah jadi macam kahar? gilakan kuasa.
fakhri, tolong. aku tak nak sejarah hitam berulang sekali lagi. aku dah trauma, cukup sekali. tak ada kata sekali lagi.
"kau? nak settle dengan aku? kenapa?"
"sebab aku nak kau turunkan jawatan kapla tu! kau tak layak, kau memang tak layak. biar aku je yang handle, kau duduk diam - diam, prepare untuk SPM eh? kau dah form 5, kena fokus. jadi biar aku yang handle budak - budak ni ya, kapla?"
sepertinya memang fakhri inginkan batu nisan itu ditulis namanya. kalau perlawanan ini diteruskan, aku risau ia akan melibatkan sesuatu yang sangat buruk terjadi. entah mengapa aku berasa tidak sedap badan secara tiba - tiba, lekas aku meminta izin kepada fahmi untuk masuk ke dalam bilik terlebih dahulu.
"mi, aku tak sedap badanlah. boleh aku masuk bilik dulu?"
"kau okay tak ni? nak aku ambil ubat ke apa - apa?" dia bertanya dalam nada yang cemas.
"tak apa, aku just perlu rehat je ni. entahlah, badan tiba - tiba rasa lemah."
"tak apalah kau masuklah bilik dulu, nanti aku roger kahar."
"okay, terima kasih fahmi." aku berjalan perlahan menuju ke pintu keluar dewan.
sepanjang perjalanan ke bilik, kepala ku tidak berhenti - henti berdenyut. aku demam ke apa ni? kenapa badan aku rasa lemah sangat ni.
sesampainya aku di bilik, lantas aku berbaring. mencuba untuk memejamkan mata tetapi masih berasa susah.
akhirnya aku hanya mengelamun memandang ke arah siling sehinggakan pagi.
─────────────
"indah, kau sure kau okay? kenapa muka pucat - pasi ni.. dengan jalan yang tak bermaya langsung. kau tak nak pergi bilik kesihatan?" ayam berleter panjang kepadaku, ia masih tidak habis - habis menyuruh untuk aku pergi ke bilik kesihatan.
"aku okay lah yam, dah makan ubat dah tadi nanti membaiklah tu."
bohong.
mana datang ubatnya? dari langit?
"betul ni?" dia menyoalku, takut - takut aku berbohong. walaupun sebenarnya memang aku sedang berbohong.
YOU ARE READING
semesta; a. kahar [✓]
Fanfic"aku suka tulis puisi, dan aku suka kau." - 2023 | @elaqrsp ══⛧⌒*。ミ > lowercase intended. > sediakan spotify playlist galau anda.