03 - | rambut

389 27 84
                                    

"kau memang nak sangat mampus ke macam mana kahar?"

"ish sakitlah gila, janganlah tekan kuat sangat."

"padanlah muka. waktu bergaduh tak ada pula kau nak mengadu sakit, waktu aku rawat kau baru nak tahu arti sakit eh?"

aku sedang merawat luka - luka yang masih segar di wajah kahar akibat ia yang bergaduh dengan seorang lelaki yang ku sangat kenal iaitu fakhri. entah apa masalah budak tu buat dekat dia sampai si kahar ni ajaknya budak tu manifesto.

kahar hanya memuncungkan bibirnya sedikit, "dia yang mula dulu, aku balas balik je." aku semakin menekan kapas yang diletakkan di wajah kahar, "habis kalau dia bunuh orang, kau pun nak balas balik dengan bunuh orang ke?"

"tak payahlah marah aku seorang je, dia pun salah juga eh." aku mengeluh singkat, "kalau aku jumpa kau orang berdua sekali, memang aku humbannya hampa berdua ni dekat tempat loji."

"bapak kejam gila, kau ingat aku sampah ke."

"kau kan sampah masyarakat."

ia hanya mampu mendengus mendengar jawapan itu. setelah selesai aku merawat luka - lukanya, aku mula menatap lembut wajah kahar. wajah yang kacak itu sekarang sudah terpenuhi dengan luka - luka lebam.

"tahulah aku ni hensem, tak payahlah pandang sampai macam tu." aku memukul lengannya kasar, membuat ia meringis, "suka hati akulah, aku ada mata."

"kau dah makan, juita?" ia bertanya kepadaku dengan nada suara yang berubah lembut. sebenarnya dia tidak pernah langsung menaikkan satu pun oktaf suaranya, tetapi entah kali ini suara itu menjadi sedikit lembut dari sebelum - sebelumnya.

"dah, kenapa? kau nak ajak aku makan ke?"

"kalau ikutkan begitulah, tapi dah kau dah makan nak buat macam mana." dapat ku lihat wajahnya menjadi masam, "aku teman jelah kau macam tu."

suasana wajah jejaka itu dengan pantas berubah, ia memberikan sebuah senyuman kepadaku.

"weh juita, aku rasa muka aku dah naik jerawatlah." ia memegang area wajah yang katanya sudah timbul jerawat itu. pantas sahaja aku memegang tangannya, "eh jangan sentuhlah. tangan engkau tu dahlah kotor, nanti lagi naik jerawat pula."

"kau pakai skincare kan?" soalan daripada kahar itu membuatku berkerut kening, "pakai, kenapa kau tanya?"

"pakaikan untuk aku weh, kau kan pandai bab rawat kulit ni, sebab itulah kulit kau cantik."

daripada semua perkataan itu, yang hanya aku perasan hanyalah perkataan cantik itu sahaja.

"kau kata aku cantik?" aku tersenyum sinis ke arahnya, membuatkan pipinya memerah.

"aku tak kata kau cantik, aku cakap kulit kau yang cantik."

"hek eleh kahar, tak nak mengaku."

"diamlah."

aku membelai wajahnya lembut, mencuba meneliti jerawat yang ia katakan, "jerawat macam ni kau just pakai clay mask aku pun dah boleh kecut dah. kau nak ke?" kahar mengangguk laju, nasib baik kepalanya tidak terputus dari badan akibat terlalu ganas.

"malam nanti datanglah dorm aku, dalam pukul 10 macam tu."

"tapi pukul 10 kan lights off?" aku memandangnya dengan tatapan jengkel, "kau cakap macam tu seakan kau tak selalu je fly jam macam ni."

"tapi aku pergi bilik engkau, macam mana kalau nanti ada orang musykil?" aku menjulingkan mataku ke atas, "tak perlulah hebohkan kau pergi bilik aku. lagi - lagi pada si hakeem tu, boleh heboh sampai ke pengetua silap - silap."

kahar berdehem, ia hanya membiarkan aku mengusap rambutnya, "cantiklah rambut kau kahar, aku suka. sudahlah panjang, lembut pula tu." telinga kahar memerah, ia spontan menarik tanganku supaya menjauh dari rambutnya, "dahlah jangan main dah, kau dah siap rawat aku kan? aku masuk bilik dulu. malam, juita."

belum sempat aku mengucapkan kembali selamat malamnya, kahar sudah terlebih dahulu melaju ke pintu bilikku dan dengan tergesa segera keluar.

"malulah tu." aku melihat ke arah tanganku, masih membayangkan betapa lembutnya helain rambut jejaka itu disela jariku.

"aish comellah pula mamat tu malu, ni kalau dia dengar ni naik satu taraf ego dia." aku kembali berbaring semula di atas katilku yang empuk. berpusing menghadap ke arah jendela tingkap, aku tersenyum sendiri, "malam juga, candra."

─────────────

kahar's pov.

kakiku dengan langkah yang tergesa bergerak ke arah pintu bilik, sesudah sampai dihadapan aku pantas sahaja mendorongnya -- membuatkan hakeem yang sedang berguling di atas katil tersentak lalu jatuh ke lantai.

"kau kenapa ni kahar?" fahmi memandangku bingung, dia menolong hakeem yang masih mencuba untuk berdiri, "entahnya, buka pintu macam nak buat pencurian je dah. bapak tak rilek." zahrin juga turut mengangkat hakeem.

"tak ada apa, ni besok kau orang bertiga kena ikut aku." aku bergerak ke arah meja belajar, mencari telefon yang ku campak entah kemana - mana kemudian setelah menjumpainya membuka aplikasi laman web sesawang.

"pergi mana kahar?" hakeem yang sedang mengusap kakinya yang kemungkinan tersandung pada rangka katil bertanya, "pergi kedai gunting rambut."

"kau nak potong rambut? bukan ada ke gunting dalam laci meja kau?" soal zahrin.

"kalau gunting aku tak pergi kedai, ini aku nak panjangkan rambut aku. nak tumbuhkan dia lagi."

"ha?" ketiga jejaka itu berujar serentak. aku hanya mengeluh, "aku rasa aku akan nampak lagi cool kalau rambut makin panjang."

berdiri dihadapan cermin, aku mengacak-acak rambutku, membiarkannya menutupi sebahagian mata aku. tanganku yang satunya bergerak naik, memegang bahagian rambut yang juita usap kemudian telingaku kembali memerah.

"boleh ke tak?" nada suaraku berubah dingin. hakeem, zahrin berserta fahmi hanya mengangguk membuatkan sebuah senyuman terukir diwajahku.

"bagus, lagi awal kita pergi lagi bagus. kalau boleh lepas solat subuh."

"KAU BIAR BETUL KAHAR!"

"KAU BIAR BETUL KAHAR!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
semesta; a. kahar [✓]Where stories live. Discover now