01 - | roll call

499 31 94
                                    

kahar dedi isyus

kahar dedi isyus
salam.
jangan lupa basuh baju aku.

you
no money
no talk

kahar dedi isyus
indah juita sayang,
tolong basuhkan baju saya boleh?

you
aku cakap no money no talk..
tapi ini pun boleh la

kahar dedi isyus
kau nak coklat apa?
aku kat 7e.

you
SEBAB NI DO AKU SAYANG KAU KAHAR
WIL U MERI MEH

kahar dedi isyus
tak.

you
takpe
aku cuba lagi kat masa depan

kahar dedi isyus
aku takkan jumpa kau lagi kat masa depan.

you
whateva
nak kinder bueno

kahar dedi isyus
kau bukak jelah kilang kinder bueno lepas ni.

you
memang nak
tapi aku takde duit

kahar dedi isyus
tch.
aku sponsor.

you
romantik do kau
siapa do kau sebenarnya

kahar dedi isyus
masa depan kau.

you
aku di rizz kan ges
begimana ini
oh iman ku terguncang

kahar dedi isyus
drama.
cepat sikit basuh tu.

you
BABI
APA PASAL SAMPAI 6 BALDI?
KAU BUAT FASHION SHOW KE BANYAK SANGAT

kahar dedi isyus
4 baju sekolah.
lagi dua baju santai aku.

you
rasa macam nak cekik je engkau ni kahar ☺️
pasrah je la aku

kahar dedi isyus
malam nanti.
roll call.
datang.
jangan mengelat.

you
engkau dah la roll call malam" buta
waktu malam ialah waktu berehat
BUKAN WAKTU ROLL CALL
COMMON SENSE MANA

kahar dedi isyus
kau ni bising la.

you
oh
aku?
bising?
kau tunggu jap

─────────────

"abdul kahar bin abu yamin! kau kata aku bising kan? ha ni meh aku tunjuk bising yang sebenarnya!"

aku membawa keluar sebuah pembesar suara dari belakang badanku. aku berdiri tepat dihadapan pintu bilik kahar -- hakeem, zahrin serta fahmi yang melihat terdiam di tempat mereka.

"kau nak buat apa ni indah?" soal hakeem dengan pandangan kehairanan. aku hanya tersenyum sinis kepadanya, "buat kerja gila."

KEPALA BAHU LUTUT KAKI, LUTUT KAKI
KEPALA BAHU LUTUT KAKI, LUTUT KAKI
MATA, TELINGA, MULUT DAN HIDUNG
KEPALA BAHU LUTUT KAKI, LUTUT KAKI

"kau jangan sampai aku yang lutut engkau, juita!" suara garau itu kedengaran marah, empunya membuka pintu bilik untuk menampilkan wajah bengisnya kepadaku.

"suprise! suka tak lagu tu? sweet kan i?" aku tertawa sarkastik melihat reaksi wajah kahar yang masih tidak berubah, "kau memang cari mati kan, juita?" ia bermain lidah didalam mulutnya.

"kalau tak nak aku bising, janganlah buat roll call malam - malam buta boleh tak? aku nak tengok drama pun terganggu. dahlah malam ni episod last penthouse season 2." bebelan ku hanya dianggap bagai angin lalu, dia bergerak mendekat dan mengangkat pembesar suara yang ku bawa kemari.

"mana kau dapat natang ni?" kahar menyoalku.

"adalah."

mendengus kesal ia mendengar jawapanku, "kau pasanglah lagu ni kuat sampai roboh satu bangunan sekolah ni pun, roll call tetap aku akan adakan. dah masuk bilik kau."

"ish kau ni kahar, merajuklah aku! tak nak kawan kau." aku menghentakkan kakiku, menunjukkan tanda protes kepadanya.

berlalu pergi dengan wajah yang cemberut, kahar yang melihatku meraup rambutnya kebelakang, "cakap roll call nanti dibatalkan, roll call tu ter-clash dengan waktu drama bayi besar tu."

"sumpahlah dibatalkan?" zahrin memandang kahar dengan tatapan tidak percaya, tak mungkin kan kahar membatalkan hanya kerana indah yang merajuk dengannya?

"dah aku kata batalkan, batalkan jelah. ni pembesar suara ni, pergi bawa masuk balik dalam stor." kahar menolak pembesar suara itu kepada hakeem yang hanya melihatnya bagaikan melihat makhluk ghaib.

"kitaorang yang kena simpan?" ujar fahmi kurang percaya dengan apa yang dikatakan.

"perlu ke aku ulang?" kahar merenung tajam ke dalam mata fahmi, membuatkan ia terus terdiam.

"dah pergi cepat."

kahar berlalu masuk ke dalam bilik, meninggalkan ketiga jejaka yang lainnya kebingungan, "si kahar ni apa masalah dia?" zahrin berkedip mata tidak percaya.

"angau tu, dahlah cepat angkat nanti kahar bising kang." hakeem berkata sambil berusaha mengangkat pembesar suara itu.

" hakeem berkata sambil berusaha mengangkat pembesar suara itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
semesta; a. kahar [✓]Where stories live. Discover now