you ikut pergi mana kalau ikut kau naik pelamin pasti aku sudi
kahar dedi isyus aku yang tak sudi.
you sudahla kahar
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
kahar dedi isyus kau ikut tak. aku nak ambikkan sekali borang ni.
you SUWITNYA KAHAR😻🙏🏻 pasti dong demi ayangku ini harusla ku ikut sekali
kahar dedi isyus k.
you FAK KURANG AJAR ANDA BAJINGAN
─────────────
"nah borang kau." kahar memberikan borang lawatan itu kepadaku, "berapa lama kita kat sekolah tu?" aku bertanya.
"adalah dalam 3 hari 2 malam. aku, kau, hakeem, zahrin dengan fahmi je yang pergi."
"i see, sekolah yang kita buat lawatan tu all girls school eh?" kahar mengangguk, dia kemudian menarik lengan bajuku, membawaku menuju ke arah kelas kami.
"good morning class! today's lessons will be about.."
suara puan faniza yang sedang berbicara di hadapan kelas seakan tenggelam di telingaku. aku termenung melihat ke arah jendela, memikirkan tentang program lawatan sambil belajar itu.
entah mengapa hatiku berasa seperti sesuatu akan terjadi disana, entah itu apa. aku mencuba untuk membuang fikiran - fikiran itu menjauh, tetapi ia seakan tidak mahu keluar dari kepala.
pandangan aku beralih kepada kahar yang sedang mencatat apa yang dikatakan oleh puan faniza dihadapan, "rajin pula dia eh hari ni." aku tersengih melihat ia yang langsung tidak perasan akan aku yang sedang memandangnya.
hatiku dengan secara langsungnya berasa tenang pabila melihat kahar. aku spontan mengalihkan pandangan ke arah yang berlawanan, tidak lagi memandangnya.
sah, memang aku dah tersuka kepadanya.
sudah berapa lama aku memikirkan soal ini dan hatiku tetap mengatakan bahawasanya aku menyukai jejaka itu tetapi otakku juga berulang kali membantah.
dan kali ini harus ku akui yang aku memang sudah pun terjatuh hati kepada jejaka itu. aku sedar aku mula berasa tenang setiap aku melihat wajahnya, tak kira dari dekat mahupun dari kejauhan, hatiku tetap berasa tenang.
mulanya aku berfikir itu ialah perasaan yang normal, kerana aku memandang rakanku bukan? jadi pasti ianya normal. tetapi nyatanya aku silap besar.
oh bodohnya aku dengan berfikir ianya hanya sekadar perasaan terhadap sahabat.