09 - | penyesalan

361 27 65
                                    

selepas peristiwa yang berlaku di taman itu, aku langsung tak bercakap dengan kahar dah.

nak kata dia tidak mencuba untuk memula perbualan denganku, dia tetap sama. masih suka menjemputku dari bilik kemudian kami akan sama - sama berlalu pergi ke dewan makan.

tidak ada yang berubah darinya.

mungkin aku, yang berubah itu.

aku yang selalu berdiam diri, aku yang selalu mencuba untuk tidak bercakap dengannya, aku yang selalu mencuba untuk tidak bertemu dengannya lagi.

kahar tidak berubah, aku yang berubah.

aku tak tahu mengapa, tetapi rasanya sangat sukar untuk tetap seperti ini. aku ingin berbual dengannya, tetapi otakku berkata sebaliknya. ia seakan melarang aku untuk bahkan sekadar melihatnya lagi.

tetapi hati aku berkata sebaliknya. hati aku mengatakan bahawa aku sangatlah merinduinya.

"indah, aku perasan kau selalu sangat termenung, ada apa - apa kau nak cerita dekat kitaorang ke?" hakeem memegang bahuku lembut. dia duduk disamping aku yang sedang mengaduk - ngaduk makanan.

aku tidak membalasnya, aku hanya memandangnya dengan tatapan yang begitu menyedihkan.

"janganlah nangis, indah.." hakeem memelukku erat. dia mengusap perlahan belakang badanku, mencuba menenangkan aku yang sedang menangis terisak dibahunya.

"hakeem, apa aku buat ni keem, apa aku buat ni." aku membalas pelukannya tidak kalah erat, mencuba menyalurkan semua perasaan gundah ku padanya.

"aku tengok kau dengan kahar dah berapa hari tak bercakap, ada apa - apa jadi antara kau orang ke?" aku tidak membalasnya, tetapi tangisan ku malah semakin kuat.

hakeem cukup peka dengan tindak balas ku itu, dia menyuruh zahrin yang berdiri disebelahnya untuk pergi membelikan aku beberapa coklat untuk sedikit menenangkan aku.

"dah jangan nangis, nanti tak comel dah indah kitaorang ni." fahmi mengusap air mataku yang masih lagi mengalir.

"aku rasa bersalah gila, aku suka dia sumpah aku tak tipu, tapi-"

"dah, dah tak apa indah, aku faham. jangan bercakap dah, dah serak suara kau. nanti sakit balik mesti kahar risau, pastu nanti mesti dia cari kitaorang dulu. tak pasal - pasal kitaorang kena njet steng." hakeem masih lagi mengusap belakangku, ia mencuba untuk membuatku tersenyum tetapi masih lagi gagal.

katanya, kahar pasti akan risau padaku.

disaat aku sakitinya, ia masih mahu risaukan aku? hakeem, bahkan aku ragu dia masih ingin berkawan denganku.

zahrin kembali dengan tangannya yang dipenuhi dengan beberapa manisan, "nah, aku beli banyak untuk kau. ini stok minggu ni, ni minggu depan punya, ni bulan depan, bulan seterusnya, pastu ni nanti minggu kau datang haid, pastu bulan seterusnya pulak-"

aku menutup mulutnya dengan telapak tanganku. ini kalau dibiarkan, sampai bulan aku kahwin pun disebutnya agaknya. mengambil salah satu coklat, aku membuka plastik itu dan memasukkannya ke dalam mulut.

masin. coklat itu tidak lagi berasa manis kerana air mataku yang turut masuk ke dalam mulut.

bahkan coklat pun hilang manisnya apabila dicampuri dengan air mata.

"kau dah siap kemas barang kau dah? kita balik petang ni." ujar fahmi.

"dah, nanti kau orang ambil aku boleh?"

"semuanya boleh untuk indah kita." hakeem mengusutkan rambut aku, aku memukul tangannya itu kasar.

sekarang, bagaimana aku ingin bersua muka dengan kahar di dalam bas?

semesta; a. kahar [✓]Where stories live. Discover now