- untukmu, juitaku

558 30 23
                                    

.・。.・゜✭・

"Bahkan bimasakti pun cemburu akan indahnya asmaraloka kita, Juita."

─────────────

-teruntuk mu, wahai kekasihku.
Ini ialah bait - bait kata yang inginku sampaikan untukmu.

Oh sang bintang yang indah,
Ingin ku ceritakan tentang seorang anak gadis yang begitu menawan hati.

Oh sang bulan yang menyinari langit,
Apakah kau tahu bahawa dia telah pun mengantikan tempatmu dalam menyinari hidupku?

Oh sang mentari yang selalu bersinar,
Dia bagaikan cahaya yang mampu mewarnai hidupku dari yang hitam abu - abu menjadi lebih berwarna.

Dan oh sang langit yang sangat mempesona,
Ketahuilah bahawa disaat ia mengangumi keindahan mu, aku disampingnya malah mengangumi keindahannya.

Disini aku ceritakan tentang seorang wanita yang cantik rupa parasnya juga akhlaknya.

Aku afsun saat melihat senyum yang ia tampilkan untukku, merasa sangat istimewa kerana akulah perjaka yang ia pilih untuk menunjukkan senyuman itu.

Adakah benar aku seistimewa itu, cantikku?

Wahai Juitaku,

Apakah kau tahu cintaku itu tidak cukup disampaikan melalui sebarang aksara sekalipun? Ianya tidak cukup untuk mendeskripsikan betapa sayangnya aku terhadap mu.

Wahai Kekasih hati,

Izinkan aku untuk mencintai mu, izinkan aku untuk menjadi satu - satunya dihatimu.

Caknalah sang adinda,
Meskipun kau menikamku dengan pisau, aku masih tetap meminta maaf kerana darahku mengotorkan bajumu, Juita.

Duhai Ratna Pakaja,
Kidummu bahari bak sang lir sari, bagaimanalah hatiku tidak terpana, dengan kehadiran emas tempawan di depan mata.

semesta; a. kahar [✓]Where stories live. Discover now