10 - | selamat tidur, juita

454 26 57
                                    

.・。.・゜✭・

sekurangnya biarkan aku memberitahu perasaanku padamu terlebih dulu sebelum engkau pergi.
─────────────

kahar's pov.

"hakeem!" aku menjerit memanggil hakeem yang masih setia berdiri di wad seseorang yang sudah ku tahu siapa itu. nafasku yang mula memburu tidak aku peduli, yang lebih penting sekarang ini ialah mengetahui bagaimana keadaan gadis itu.

juita, tolong bertahan untuk aku. candra minta maaf kerana tidak mampu menjaga juita.

aku berulang kali mengulang ayat itu. perasaan takut, cemas dan gelisah mula terbelenggu dalam diri.

bagaimana kalau aku terlambat? bagaimana kalau kerana kelalaian aku akhirnya ia pergi? bagaimana kalau tuhan lebih menyayanginya? bagaimana kalau tuhan kecewa denganku kerana aku telah menyakiti hatinya dan ia putuskan untuk mengambil dirinya dariku?

takut. aku takut. aku masih tidak bersedia untuk hadapi realiti itu.

"kahar, indah dia.." hakeem tidak mampu untuk menyusun ayatnya, aku sudah semakin cemas melihat dirinya sudah berpeluh.

"hakeem, kenapa dengan juita keem? keem jawap aku keem!" bahu jejaka itu ku goncang, nafas ku sudah mula tak beraturan. hakeem memegang bahu aku pula, "indah dia dah sedar tapi, keadaan dia memang teruk gila sekarang. detak jantung dia perlahan, aku risau kahar. macam mana kalau.."

aku memeluk erat hakeem yang matanya mula berubah sayu. dapat ku dengar tangisan yang ia tahan sedari tadi akhirnya dapat dilepaskan. aku mengetap rahang ku setelah membayangkan bagaimana kalau apa yang hakeem katakan akan menjadi nyata.

tapi aku tak boleh berputus asa, "keem, kita doakan dia okay? insyaallah keadaan dia akan berangsur pulih. kita doakan dia sama - sama. juita kuat, aku tahu tu. jadi kita pun kena kuat untuk dia."

bohong. membayangkan juita yang pergi meninggalkan aku saja sudah tidak mampu membuatku kuat lagi. bagaimana bisa aku mengharapkan hakeem yang begitu rapat dengannya kuat di saat aku sendiri tidak mampu?

"ahli keluarga indah?" aku melepaskan pelukanku dari hakeem, mendekat ke arah doktor yang sedang menyemak sesuatu yang aku rasa merupakan dokumen tentang kesihatan juita.

"saya bukan ahli keluarga tapi saya rakan dia, dok."

doktor itu memandang ku dengan pandangan yang seperti ingin mengatakan sesuatu tapi entah apa itu. dia hanya mengeluh, "keadaan pesakit secara tiba - tiba drop. kami tidak tahu apa puncanya tapi yang pasti dia sudah sedar, cuma keadaan dia sangatlah tidak bagus."

mendengar itu, aku semakin hilang arah tuju. mengangguk kepadanya, aku meminta izin untuk masuk ke dalam bilik juita, yang dibenarkan terus oleh doktor tersebut.

memandang ke belakang, hakeem masih lagi terlihat tidak baik - baik saja. aku putuskan untuk biarkan ia meredakan fikiran sebelum berjumpa dengan juita.

kakiku perlahan diayun ke arah katil pesakit yang dihuni oleh seorang gadis yang aku puja. gadis yang alasan ia berada di sini kerana kesalahan aku, "juita, juita lapar? kalau juita lapar, kahar boleh pergi belikan makanan untuk juita."

tangannya yang mula bertukar menjadi pucat aku genggam, mengusap lembut sambil menatap ke arahnya.

juita tidak membalas apa - apa. dia masih setia melihat ke luar jendela tanpa mahu memandangku walau sebentar, "juita, cantik sangat ya cuaca hari ni sampai juita tak alihkan pandangan langsung dari jendela?"

semesta; a. kahar [✓]Where stories live. Discover now