kahar dedi isyus kalau tak merajuk buka la pintu ni. dah penat dah aku ketuk dari tadi.
you sibuk la aku nak tido
kahar dedi isyus bukan haechan tengah buat live ke? kenapa kau nak tido? selalu kau kalau haechan buat live jarang la kau skip.
you aku ngantuk sangat biar la kau sibuk nape
kahar dedi isyus betul ni taknak buka pintu?
you kahar balik dorm kau
kahar dedi isyus ok. aku baru ingat nak ajak kau makan ramen dengan oden yang aku beli sambil tengok drama. drama apa kau tengah tengok tu? business proposal kan?
you macam mana kau tahu.. aku tak pernah bagitahu sape" aku tengok drama apa sekarang ni
kahar dedi isyus aku ada dengar hari tu kau cakap pasal drama ni. kau kata kau nak tengok drama ni dengan someone. jom, tengok dengan aku? juita, bukalah pintu ni. tak kesiankan renjana juita ke?
you ish yela masuk je la tak kunci
kahar dedi isyus aku bawak laptop aku. kita tengok kat sini je.
you iya kaharrr dah masuk cakap depan"
kahar dedi isyus kalau depan" tak bercakap aku dah.
you kenapa pula dah
kahar dedi isyus kerana lidah ku terlalu kelu saat melihat dikau yang begitu anggun dan jelita.
you takpe kahar ada ubi ada batas ada hari wa balas ko tunggu aku datang dengan puisi klasik
kahar dedi isyus aku selalu menunggumu, juita.
you IH DAH LA GERAM AKU MASUK CEPAT
─────────────
"mana ramen aku?"
tangan aku sibuk mencari - cari makanan yang berada didalam plastik yang kahar bawa, mencari makanan aku tentunya.
"aku ada tulis nama atas tu, carilah." kahar mendudukkan dirinya disampingku, membuka komputer ribanya untuk membuka drama yang bakal kami tonton.
"wuish sedap nok bau dia, kau beli kat family mart sebelah sekolah ke?" aku membuka penutup makanan itu, membiarkan asap makanan itu keluar. bau yang sungguh menyelerakan.
"haah, dah ni aku dah siap buka dah. bagi kat aku makanan aku tu." aku menghulurkan makanannya.
aku sedikit tersentak apabila tangan kahar mengenai tanganku, tetapi jejaka disamping aku hanya menayangkan riak wajah biasa sahaja. ini mesti dia sengaja ni.
"jarang - jarang kau rela nak tengok drama romantik dengan aku, kena sawan apa kau?"
"sawan cinta." kahar berbisik, tetapi aku tetap dapat mendengarnya kerana jarak yang dekat di antara kami.
"sawan apa?" aku menoleh ke arahnya. kahar tidak menjawap, sebaliknya ia merapatkan wajahnya dengan telingaku, "kena sawan cinta, sayang."
aku sontak menolak wajahnya untuk menjauh, "kau panggil aku sayang lagi sekali aku campak kau belakang hutan sekolah." dia hanya terkekeh, "campaklah, kalau aku jadi hantu aku hantui hidup kau."
aku hanya mampu mengetap bibir dengan perasaan geram, "suka hati kaulah." menjauhkan kembali badan kami, aku sambung melihat tayangan drama yang sedang berputar di komputer riba kahar.
tanpa aku sedar, kahar sedang tersenyum kecil melihat tingkahku. ia hanya mampu menggigit bibirnya sambil dengan perlahan berujar, "comelnya lahai engkau ni, juita."
"kira ni kau dah maafkan aku ke?"
"hanya sebab kau bawakan ramen dengan oden je."
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.