08 - | bunga dan puisi

335 24 66
                                    

aku sedang bersiap - siap untuk menghadiri acara penyambutan tetamu yang diadakan oleh sekolah ini. acara itu mungkin akan berlangsung lama, jadi aku buat satu persediaan dengan membawa sedikit barang kosmetik untuk menghias kembali wajahku jikalau mekap aku mula luntur.

baju yang aku kenakan pada hari ini agak lain dengan gaya aku, aku mengenakan gaun yang bercorak bunga. aku juga memakai klip rambut untuk sedikit menghias penampilan ku.

kahar sedang menunggu di luar bilik, dia sudah lebih dulu bersiap. dia mengenakan pakaian kemeja berkolar, lengannya di lipat hingga paras siku, buatkan dirinya kelihatan semakin kacak dengan rambutnya yang menumbuh panjang itu.

baru aku sedar rambutnya sudah pun panjang. rambut kerinting itu kelihatan lebih menawan kerana sudah sampai ke paras lehernya.

aku mengambil beg silang aku dan menapak keluar bilik, melihat kahar yang sedang bersiul sambil memandang ke sekelilingnya -- bosan menunggu.

"kahar, jom, aku dah siap dah." kahar mengalihkan pandangannya ke arahku, matanya membesar.

mulutnya ternganga sedikit, "kenapa? nampak pelik eh aku pakai baju macam ni?" nadaku kedengaran kecewa, sedikit menyesal mengapa aku memilih baju ini.

"tak- kau, cantik. cantik." dia berkata dalam nada gugup. matanya masih lagi tidak lepas dariku, berjalan mendekat dan kemudian memainkan rambutku.

"kau nampak cantik sangat hari ni, juita." sekali lagi ia ulangi, bagi menyakinkan aku telinga aku tidak bermasalah dalam mendengar ia yang memuji ku.

jantung aku mula melaju. aku menolaknya menjauh, takut jika dia akan mendengar degupan jantung aku saat dia berada di dekat aku. kahar terkekeh, "tak nak puji aku balik ke?"

"kau ni puji orang tak ikhlas lah."

"mana ada, aku ikhlas eh."

kami mula bergerak bersama - sama ke arah dewan. aku tidak mahu akui bahawa kahar hari ini kelihatan lebih segak, dia meluruskan rambutnya yang kerinting itu, semakin membuatnya kelihatan begitu lain.

"kau luruskan rambut kau?" aku memandangnya sambil bertanya.

"hm, rasa nak jadi extra hensem hari ni." tersenyum sinis kepadaku, aku memukul lengannya.

sedang kami berjalan, suara seorang perempuan yang memanggil kahar buatkan kami berhenti di tempat.

"kahar!!"

kahar menoleh pada sang pemanggil, lantas senyuman terukir di bibirnya. ia melambai ke arah perempuan itu untuk menyuruhnya mendekat, "awal kau, selalunya kena aku kejut dulu."

perempuan itu menepuk bahu kahar dengan kasar, ia menjeling kahar yang hanya tersenyum mengejek kepadanya. aku perhatikan tangan kahar memeluk bahu perempuan itu, "cantik baju, beli bundle ke?" perempuan itu menghempaskan tangan kahar dari bahunya, "mu ingat aku tak ada duit ke natang?"

kahar mencubit pipinya, "memang tak ada duit pun, kau kan miskin."

"pukimak sial kau jantan!"

sekarang aku berasa seperti menjadi orang ketiga di sini, walhal aku yang berada dengan kahar pada mulanya tetapi aku mula rasa disingkirkan.

baru saja aku melangkah ingin pergi, tangan aku ditahan, "eh awak nak pergi mana?" perempuan itu kelihatan seperti ingin aku menemaninya.

"saya macam menganggu kau orang je, tak apa saya pergi dulu."

"apa yang juita merepek ni? menganggu? penganggu yang sebenarnya budak ni ha, bukan kau." perempuan itu menjerit nyaring akibat kahar yang memukul kepalanya, "sakitlah lahanat!"

semesta; a. kahar [✓]Where stories live. Discover now