PART 2 : TERSEREMPAK

59 0 0
                                    

Tak sempat Ara habiskan ayatnya tiba-tiba lengan baju Ara ditarik oleh seseorang. Anddd yahh seseorang itu ialah Shah. Beberapa budak yang nampak situasi itu tersenyum dan ada juga yang berbisik-bisik. Mengumpat mereka barangkali.

Ara cepat-cepat menarik tangannya.
"Ehh kau ni kenapa orang tengok lah." marah Ara. Shah terus melihat sekeliling.
"Biarlah." jawab Shah selamba.
"Yang kau tarik lengan aku knapa demam ea" kata Ara sambil menjeling.
"Ha'ah demam" jawab Shah ringkas.
"Dah tahu demam makan lah ubat." balas Ara. Walaupun masih marah terhadap Shah Ara tetap caring tentang dia.
"Tapi demam ni takde ubat. Nak tau demam apa?" Shah mengajukan soalan kepada Ara.
"Demam apa?" tanya Ara tapi masih berpaling dari Shah.
Shah menundukkan badannya dan berbisik di telinga Ara. "Demam rindu." balas Shah ringkas.

Ara agak terperanjat kerana tiba-tiba sahaja budak lelaki itu ada di telinganya. Sekali gus, Ara terdiam dengan jawapan Shah.

Kawan-kawan Ara yang nampak situasi itu terus tinggalkan mereka berdua.

"Weyh korang!!! tunggulah akuu... Mende ea" jerit Ara memanggil kawan-kawannya itu. Namun, mereka berjalan tanpa hiraukan Ara.

"amboii bukan main kasar lagi suara. Tak elok tau orang tengok." kata Shah dengan senyum sinis.
"eh diam la kau." balas Ara kasar.

dalam hati Ara "eee bodoh la laki nie pegi senyum debar aku dibuatnya."

"Ara jom aku nak belanja kau air kotak. Milo fav kau kan." kata Shah sambil tinggalkan Ara. Ara terus tersentak dari lamunan.
"ehh taknaklah waktu rehat aku dah habis aku nak masuk kel..." belum sempat Ara habiskan ayatnya Shah teus menarik lengan baju Ara.
"okey jom." kata Shah dengan muka selamba.

Sampai sahaja di koperasi Shah terus membeli air kotak untuk Ara. Ara yang malu tu duduk di kerusi sambil menunduk Mana taknya sekarang waktu rehat Form 5 Ara yang Form 3 tu sesat dekat situ sorang-sorang.

'"Nah air kotak awak." kata Shah sambil hulurkan 2 air kotak kepada Ara.
"Nak ber'awak-awak' pulak dengan aku jantan nii..." kata Ara dengan nada yang perlahan.
"Hah apa kau cakap." tanya Shah yang dengar samar-samar sahaja suara Ara.
"eh tak ada apalah. Btw thanks." kata Ara dan hendak berlalu dari situ. Tetapi pergerakannya terhenti sebab ada sesuatu yang tak kena.
"Eh jap. Shah." panggil Ara dan laju sahaja budak lelaki tu menoleh.
"Kenapa ada 2 air kotak." Ara bertanya dengan dahi yang berkerut.
"Oh... 1 aku beli sebab tahun lepas kan kau ada minta aku belanja air kotak. Lepastu tiba-tiba je kau merajuk and pulangkan balik air kotak tu dekat motor aku. So memandangkan kau dah okey tu kira ganti rugi yang tahun lepas punya lah." jawab shah panjang lebar.
"Heh bila masa entah aku dah okey dengan dia." kata Ara dalam hati.
"oh okey." Itu sahaja yang keluar dari mulut Ara. Dia terus pergi tinggalkan Shah.

Sambil berjalan masuk ke kelas Ara mengomel sendiri. "Aku pun tak ingat tahun lepas aku ada pulangkan air kotak dekat dia. Tapi dia ingat lagikan. Bagus betul."
"Shah Shah  macam mana aku nak move on kalau kau macam ni." sambungnya lagi.

*didalam kelas*

"Wah! untunglah ada orang belanja air kotak." kata Haziq.
"uwuu untunglah ada crush." sambung Marsha.
"kan-kan" sampuk Putri pulak.
"Eh diam lah korang fokus." balas Ara dengan meninggikan suara sikit.

*waktu balik*

"eh petang taknak lepak ke. Dah lama tak makan ABC special tu sama-sama." kata Syafik.
"Ha'ah jom lah. Bosan lah duduk rumah je." sampuk Haziq.
"Wehh ha'ah dok. Ara, Putri jom lah. Pleasee!!" rayu Nur kepada Ara dan Putri.

Biasalah Ara dengan Putri ni jenis yang susah keluar. Sebab parents Ara dan Putri ni strict sikit. So, kalau nak keluar kena bagitahu awal-awal barulah diorang aan merayu sampai dapat.

"Hah okey juga. Parents aku pun takde dekat rumah tapi macam biasalah kena ambil aku dekat rumah." kata Putri sambil ketawa kecil.
"Hah kau Ara." tanya Amie.
"Aku? Tengoklah macam mana tak boleh nak janji. Pukul berapa?" tanya Ara.
"dalam pukul 3 lah. Port biasa." cadang Syafik.
"Eh zann amik aku tau." kata Hazik sambil tersengih.
"Eh kau!!! kau yang beriya-iya suruh orang ambil pula." kata Shafrizan.
"alah member kot takkan tak boleh. Amik awek boleh, amik aku nak berkira pula." perli Haziq.
"eh kau ni ha yelah." jawab Shafrizan terpaksa.

Mana taknya sejak Shafrizan couple dengan budak kelas sebelah dia asyik diperli dengan kawan-kawannya.

"Okey lah aku rasa ayah aku dah ada dekat luar. Gerak lu nanti apa-apa aku roger." kata Ara dan terus berlalu meninggalkan kawan-kawannya.
"Ara bawa motor tauu!!" jerit Amie.
"Hah insyallah" ringkas Ara.

*pov : dirumah*

Jam menunjukkan pukul 2:45 petang. Ara sedang bersiap-siap untuk keluar dengan kawan-kawannya. Sedang Ara bersiap, dia teringatkan sesuatu.

"eh ya Allah aku lupa nak cakap dengan Nur suruh tunggu aku, nak gerak sama-sama." Kata Ara sambil menepuk kepalanya kerana asyik terlupa. Ara dan sikap pelupanya berpisah tiada.

Group Whatsapp

Weyh Nur          
oooo Nur... Mana kau reply lah. : Me

My prime : Hahh ye ada apa.?

Tunggu aku jap nak gerak sama-sama. : Me


My prime : Ooh... Ingatkan kenapa lah tadi. Okey.

My babe : weyh pendek.. tunggu aku kejap aku nak amik   
                   Putri then pergi rumah kau
                   Nak gerak sama.

Oh hah bole-bole : Me

*end conversation*

*pov : Ara part*

"Dik nak pergi mana?" tegur ibu Ara.
"Nak keluar dengan kawan. Boleh?" tanya Ara sambil tersengih macam kerang busuk.
"Keluar pegi mana? Dengan siapa? Nak buat apa?" tanya ibu Ara betub-tubi.
"Keluar dengan budak kelas. Takde pegi mana-mana pun nak makan Abc special je dekat tempat biasa." jawab Ara panjang lebar.
"hah pergilah. Tapi ingat balik sebelum pukul 5 kalau lambat memang lastlah kau nampak kunci motor." kata ibu Ara dan memberi warning.
"Ok.. Adik gerak dulu ibu kawan dah sampai." kata Ara dan terus menyalam ibunya.

*sampai diport*

"bawak motor macam jalan kaki." perli Syafik kepada 4 orang gadis melayu iaitu Ara, Putri, Amie dan Nur. Mana taknya dekat 15 minit Syafik dan kawan lelaki lain disidai oleh 4 orang perempuan itu.

"kami bawak motor molek bukan macam korang bawa motor macam bawa kuda." perli Amie dengan muka selamba.
"eh dahlah korang ni asal jumpa je gaduh. Takde kerja lain." kata Ara yang serik dengan kawan-kawannya. Ada sahaja benda yang tidak berpuas hati.

Sampai di gerai ABC itu...

Mereka duduk di meja makan. Tidak lama selepas itu abang kedai tu datang untuk mengambil order. Mereka semua memesan ABC sahaja sebab itulah tujuan mereka datang ke situ.

Tiba-tiba Ara ternampak satu kumpulan lelaki yang macam kenal duduk tidak jauh dari situ.

"Korang boleh tak kita bungkus je ABC makan dekat pantai?" tanya Ara.

"eh asal pula. Kau tahu tak ABC tu kena makan masa sampai. Sampai je ABC tu terus makan bukannya biarkan sampai cair baru makan. Ni kan pula nak bungkus and bawa pergi pantai lagi lah tak sedap tahu tak." bebel Syafik panjang lebar kepada Ara.

"Eh pakcik kau boleh tak kalau aku tanya tu jawab sepatah je. Ni tak ada je bende nak dibebelkan." balas Ara.
"Siapa suruh tanya." jawab Syafik ringkas dan sambung bermain game.
"Asal kau nak bungkus pula Ara?" tanya Nur.

"Sebab tu..." jawab Ara sambil memuncungkan mulutnya menunjukkan ke arah sesuatu.

【TO BE CONTINUE】

BENCI KAU MR CRUSH Where stories live. Discover now