єммєт тнєяєѕѕα 68

3.6K 63 2
                                    

Sesekali matanya memandang pintu dari pantulan cermin besar itu.. Eian masih belum masuk ke kamarnya.. setelah selesai memakai lotion , Mea berdiri dari kerusi itu terus menuju ke atas katil.. matanya memandang jam di dinding.. hampir jam 12 tengah malam.. Erland sudah nyenyak tidur di dalam cot nya.. ke mana suaminya ?

Pintu itu di buka dari luar , Mea buat buat sibuk dengan handphonenya.. Eian memandang saja.. dia berbaring di ruangan kosong itu bila sampai saja di katil.. Mea menjeling , Eian berbaring membelakanginya.. Mea meletakkan handphonenya di meja , dia berkira kira untuk berbaring sama tapi niatnya terbatal bila Eian bangun dari baring dan mengambil bantal tidurnya..

Kening Mea berkerut memandang perbuatan suaminya.. Eian berdiri dari katil..

"Eian... nak pergi mana..?"

Keluar juga pertanyaan itu dari mulut Mea.. Eian menoleh pandang..

"Tidur dengan Edna.. you pun busy dengan handphone you.. nanti menganggu pulak.."

Sindir Eian.. Mea mengeluh perlahan.. tak suka dengan keputusan Eian..

"Tak habis lagi merajuk ?"

"What bout you ?? Dah habis rajuk you ?"

Soal Eian kembali.. masing masing tak nak kalah..

"I said im sorry.. tak nak pulak you terima.. i know i bukan husband yang baik.. i mengaku salah i.. i tak sengaja Mea.. you pun macam tak nak maafkan i.. you pun nak diam macam ni.. tegur i tak nak , bercakap dengan i tak nak.. i kena jauh agaknya baru you okay kan ?"

Mea diam lagi..

"You tak sayang i ke ?"

Eian menyoal lagi.. menanti sahaja jawapan dari isteri..

"Dah la merajuk.. perangai macam budak budak lah.."

"Kalau kena kat i macam budak budak.. kalau you tu ?"

Eian terus menyoal.. Mea memicit kepalanya , Eian berkerut kening melihat reaksi isterinya , bimbang pun ada..

"Kenapa ? Sakit kepala ?"

Eian kembali mendekat ke arah Mea , bantalnya di letakkan ke tempat asalnya tadi.. di rangkul lembut tangan Mea..

"Meh i picitkan.. tak apa lah kalau you tak sayang i pun.. i tetap sayang wife i.. tak hilang rasa sayang tu.."

Eian memicit lembut kepala milik Mea setelah badan isterinya merapat pada badannya.. kepala Mea sudah mendarat ke dada Eian..

"I minta maaf.."

Mea melafaz perlahan.. Eian sorok senyum , ada juga harapan untuk berbaik malam ni dengan isteri..

"I minta maaf sayang.."

Eian mengucup lembut kepala Mea.. tangannya tak berhenti memicit kepala Mea.. seketika kedua tangannya di ambil lembut oleh Mea , memeluk badannya sendiri..

"I sayang you.. i emosi tadi.. im sorry k ?"

Mea tayang wajah monyoknya.. tapi wajah itu tidak kelihatan pada mata Eian..

[C] Sketsa Sebuah Cinta Where stories live. Discover now