єммєт тнєяєѕѕα 24

5.3K 99 0
                                    

Selepas membaca hanya sehelai muka surat , Eian membelek terus ke halaman belakang , dia terus menurunkan tandatangannya pada dokumen itu.. Terdengar Mea ketawa halus , Eian mengangkat wajah memandang wajah Mea yang masih dalam ketawa itu..

"Encik Eian kena teliti dulu dokumen tu , baru sign.. saya tak kesah kalau nak ambil masa dua tiga hari.. saya faham.. projek ni bukan kecil.."

Eian menutup dokumen itu.. di hulurkan kepada Mea..

"Saya percaya kan awak.."

Hanya itu yang keluar dari Eian.. Mea masih dengan senyumannya.. Eian turut tersenyum , lama dia tak melihat senyuman itu.. alahai Eian , dah anggau dengan bini sendiri.. Eian bangun dari kerusinya , dia mendekat ke arah Mea , Mea agak terkesima , dia mendongak memandang Eian..

"Sayang.."

Mea terus bangun dari kerusi.. cepat juga Eian mendakap badan Mea.. beku saja Mea menerima pelukan Eian..

"Tak manis rasanya encik Eian buat macam ni.. sepatutnya encik Eian boleh panggil saya dengan nama je.. lebih sopan rasanya.."

Mea membetulkan Eian dengan tenang..

"Sayang.. I minta maaf semua yang jadi.. I nak kita jadi macam dulu.."

"Macam dulu macam mana ? Nak I jadi pelacur untuk you balik ke ?"

Sinis soalan Mea.. Eian mengelengkan kepala perlahan , hatinya terasa pahit untuk menelan kata kata Mea..

"Tak.. bukan tu maksud I sayang.. I dah berubah sayang.. I nak you balik dengan I.."

"Untuk apa ? Mungkin dulu saya seorang pelacur bagi encik Eian.. tapi sekarang , saya dah tak buat kerja kotor macamtu.. Encik Eian pun tahu kenapa saya datang sini.. atas urusan kerja.. saya rasa encik Eian boleh bezakan antara kerja dan personal."

"Mea.."

"Kalau tak ada apa apa urusan lagi , saya pergi dulu.. encik Eian boleh call saya kalau ada nak bincang hal ni.."

Mea cuba mengambil dokumen itu , tanganya cepat di raih oleh Eian..

"Mea.. sayang.. I minta maaf.. I dah menyesal.. I'm really sorry sayang.."

"I need to go.."

Eian memeluk badan Mea kembali dengan kemas dari belakang sebelum menjatuhkan wajahnya pada bahu Mea , wajahnya mencari sisi wajah Mea , Mea yang terkejut itu meronta kuat sebelum satu tamparan singgah pada pipi Eian , wajah suaminya kemarahan , Eian terkesima cuma mampu diam , mata Mea tajam menatap matanya..

"Jaga perangai you encik Eian , i datang sini bukan sebagai pelacur yang boleh you sentuh suka hati you.. pelacur pun boleh pilih customer yang dia nak ! Bukan terpaksa macam ni !"

"I menyesal apa yang jadi.."

Mata kemerahan itu menatap isterinya penuh kasih , pipinya yang masih ngilu di tampar Mea , di abaikan saja..

"Tak ada apa yang perlu encik Eian menyesal.. sebab encik Eian , saya dapat kehidupan yang lebih baik sekarang.. I tak nak lagi jadi pelacur.. kalau encik Eian masih nak teruskan projek ni , rasanya encik Eian perlu jaga batas.. saya pergi dulu.."

[C] Sketsa Sebuah Cinta Where stories live. Discover now