Pang !!
Eian menendang pintu itu dengan kuat , Puan Sri Gatita dan Bella sudah pucat melihat wajah kemerahan Eian yang muncul di depan pintu itu.. Kenapa sekarang ?
"Mummy yang buat Mea macamtu ? Mummy yang perangkap kami !!"
Puan Sri Gatita menggelengkan kepalanya dengan cepat.. dia meluru ke arah Eian , cuba di peluk badan itu , cepat juga Eian menepis.. matanya kemerahan menatap Puan Sri Gatita.. Segala perasaannya bercampur baur , geram , marah , benci..
"Mummy buat macamtu sebab nak suruh dia keluar dari rumah kita sayang.. mummy tak nak dia rampas yang kita ada.. perempuan tu jahat.. dia cuba rampas hak kita."
"No !! Mea tak pernah buat macam tu.. sampai hati mummy buat macamtu.. !"
"Papa pun tertipu dengan dia.. papa nak serah separuh syer syarikat pada dia.. tu pun Eian tak percaya ?"
"Tak !! Itu hak papa nak bagi sesiapa pun syer dia.. dia berhak buat macamtu !!"
"Sayang.. dengar cakap mummy.. Mea tu perempuan jahat.. Eian pun nak tertipu dengan dia ke ?!"
Membahang Eian mendengar kata kata Puan Sri Gatita , kalau bukan fikirkan wanita di depannya itu emaknya , sudah lama dia menaikkan tangan.. itu yang dingini hatinya saat ini..
"Mummy yang buat dia ! Dia tak salah apa apa ! Kenapa mummy buat Eian macam ni ? Kenapa buat Eian benci Mea ? Mea tak salah mummy.. Isteri Eian tak salah !"
"Dia bukan isteri Eian !"
"Dia isteri Eian !! Eian tak pernah ceraikan dia ! Sampai bila bila pun dia tetap isteri Eian !! Tak ada siapa boleh ganti !!"
"Eian.."
Bella cuba untuk memujuk.. tangannya yang di hulur hampir dengan Eian , di tepis Eian dengan cepat , terkejut Bella dengan sikap kasar Eian..
"Shut the fxcking up !!"
Matanya mencerlung tajam ke arah Bella.. gaya seperti ingin menelan Bella hidup hidup ketika ini..
"Mea dah mati pun !"
"Tak !! Mea masih hidup..! Isteri Eian tak mati.. mummy jangan berani cakap yang bukan bukan pasal isteri Eian.. Eian tak suka.."
Matanya menatap tajam ke arah Puan Sri gatita..
"Tak suka atau suka , Mea dah tak ada.. Eian kena lupakan dia.. kawin dengan Bella.."
Eian berundur setapak , kepala di geleng berkali kali.. tak mudah dia tunduk dengan kata kata Puan Sri Gatita lagi..
"No.. Mea masih ada.. Mea akan balik nanti.. Mea akan balik pada Eian.. Eian tak akan kawin dengan siapa siapa.. hanya Mea isteri Eian !!"
Eian berpaling sebelum melangkah , Puan Sri Gatita sudah kalut mengejar langkah anak lelakinya , dia melajukan langkah , memotong Eian di depannya , tangannya di depa agar Eian tak terlepas darinya..
"Eian ! Dengar cakap Mummy , sayang.. Mea tak layak dengan Eian.. perempuan kotor tu dah goda papa.. mummy nampak..."
"Enough !! Eian tak nak dengar !! Sampai hati mummy burukkan isteri Eian.."
YOU ARE READING
[C] Sketsa Sebuah Cinta
RomanceMEA THERESSA , si gadis cantik yang polos tanpa sedar menyimpan perasaan kepada anak jutawan terkenal sekaligus anak kepada ayah angkatnya , Eian Emmet Tan Sri Eddrick.. EIAN EMMET , kesempurnaan yang di milikinya buatkan dia di gilai semua , harta...