Eian Emmet menekan Mea ke dinding dengan tubuhnya , Eian bertindak seperti seekor binatang buas yang ingin memakan mangsanya, dia membuang baju Mea dengan rakus sekali supaya dia boleh menikmati tubuh Mea sesuka hati..
Kesakitan merempuh masuk ke dalam tubuh Mea namun dia terpaksa bertahan , wajahnya berkerut menahan sakit akibat perbuatan Eian terhadapnya.. Mea memejam matanya , kesejukan meresap masuk ke dalam badannya dari permukaan dinding itu.. Kesakitan itu , hanya dia yang dapat rasa..
"Ei..Eian..."
Dapat dia rasa cumbuan kasar Eian pada belakang lehernya.. Iya , Mea Theressa , isteri sah kepada Eian Emmet, mereka sudah berkahwin selama setahun , dalam tempoh itu juga Eian Emmet begitu keji ketika bersetubuh dengan isterinya..
Selepas Eian melepaskan nafsunya , dengan perlahan Eian mendekati meja itu , tubuh Mea dengan perlahan lahan jatuh pada lantai itu , kesejukan lantai itu bersatu dengan tubuhnya , dia mengigil kesejukan.. bibirnya sudah terketar ketar menahan sejuk dan kesakitan..
Kotak tisu di atas meja itu di lemparkan Eian ke tubuh Mea.. seketika dia tersenyum sinis melihat wajah tak berdaya Mea.. Dia puas , puas melihat Mea dalam keadaan merana dan kesakitan..
"Sepuluh tahun pun you kawin dengan I , you tetap pelacur bagi I.. bezanya , you pelacur kepada keluarga Eddrick.. so boleh lah you nak banggakan sikit.."
Eian menyindir sebelum keluar dari bilik itu.. dulu , Mea selalu menangis bila di tinggalkan Eian dengan sindiran tajamya , tapi kini , kesakitan itu terlalu mendalam sampai dia tak tahu lagi cara untuk merasai sakit hatinya itu.. kesakitan dan kesunyian hatinya langsung tidak di dengari Eian.. setiap kali juga , dia di layan seperti pelacur oleh Eian selama perkahwinan mereka dan penyeksaan itu sudah terjadi setahun.. sejak terjadinya perkahwinan mereka..
*
*
*Sinaran matahari memancarkan teriknya , Eian berjalan melangkah ke arah dapur seraya menyarungkan blazer hitam itu ke tubuhnya.. matanya melilau mencari kelibat Mea , selalu isterinya pagi pagi lagi sudah berada di dapur , tetapi hari ini kelibat pagi Mea tidak dapat di kesannya..
Bunyi tapak kaki membuatkan Eian berpaling memandang ke belakang , Mea sudah lengkap berpakaian formalnya untuk ke syarikat.. agak janggal tiada sarapan untuknya pagi ini , walaupun sarapan pagi itu tidak pernah di jamah Eian , selalunya Mea tetap menyediakannya , tapi tidak untuk hari ini.. Agak binggung Eian di buatnya..
"You penat sangat ke sampai tak boleh nak buatkan kopi pagi ni ?"
Eian bersuara dingin.. saja mahu menduga Mea , walaupun setiap hari dia di buat kopi oleh Mea , tidak langsung dia menjamahnya.. tiba tiba saja hari ini bertanyakan kopi.. aneh Mea di dalam hati.. Selalu tingkahnya tak kena pada Eian..
"Mea Theressa !!"
Terjongket bahu Mea bila di jerkah Eian , dia sedikit gusar bila nama penuhnya di sebut Eian , dia tahu Eian gemar memanggil nama penuhnya bila dalam keadaan marah.. Keadaan marah ? Pernahkan Eian sekali tidak marah padanya , Mea mencebik di dalam hati.. setiap tingkah Eian padanya selalu di ingati.. Eian terlalu membencinya , mungkin sampai kiamat !
"Selalu you tak minum kopi,. Membazir je kalau I buat.."
Eian yang sudah mendekatinya , mula mengangkat tangan tinggi , seolah olah mahu memukul wanita itu , tapi niatnya terbatal , entah kenapa.. cepat juga Mea menundukkan wajahnya ke bawah , Eian menayangkan wajah tak puas hati dengan jawapan isterinya , jarang sekali Mea menjawab mulutnya , keberanian Mea pagi ini harus mendapat pujian , Eian sebal di dalam hati..
"Baru setahun dah jadi malas macam ni.. jangan nak naik lemak sangat ya.. Siap nanti !"
Eian berkata perlahan , dia mengeluh perlahan sebelum beredar pergi , Mea menelan liur.. walaupun dia sudah terbiasa dengan sikap kejam Eian , itu tak mampu untuk dia menyorokkan rasa takut dan bimbang bila berdepan dengan Eian.. Eian Emmet Tan Sri Eddrick , kelakuan lelaki itu kadang kala tak terjangka..
*
*
*
*Mea berjalan lurus menuju ke bilik Eian , sudah setahun juga Mea memegang jawatan perancangan strategik kepada Syarikat Eddrick Gold , semestinya dia di bawah Eian Emmet , CEO syarikat tersebut , kemegahan syarikat itu sudah di ketahui umum , siapa lah yang tidak mengenali pengedali muda syarikat itu sekarang.. Eian Emmet Tan Sri Eddrick , hampir semua di negara itu mengenalinya..
Mea mengetuk pintu itu sebelum dia di benarkan masuk oleh Eian.. mata suaminya sudah menatap tajam ke arahnya , Mea berjalan terus sehingga hampir pada meja kerja Eian..
"Ada apa Encik Eian ?"
Mea bertanya dengan tenang , seolah olah lelaki di depan itu bukanlah suami dia..
"You baca apa yang you hantar kat I ni semalam ! Proposal you ni macam sampah !! You tak semak dulu ke ? Otak you kat mana ? Kerja senang macam tu pun tak boleh nak buat !"
Eian meluahkan kebenciannya , benci hatinya melihat wajah tenang dari Mea itu.. Dia mencebik bibir seketika.. kertas kertas itu di lempar kasar ke wajah Mea.. tiba tiba dagu Mea terasa pedih , dagunya di cederakan oleh kepingan tajam proposal tadi.. sedikit cecair merah mengalir keluar dari dagunya.. Eian menjeling..
"Lembik sangat you ni kan.."
"Saya boleh betulkan balik proposal saya ni kalau Encik Eian tak berpuas hati.. nanti Encik Eian boleh semak balik.."
Mea berkata sambil menundukkan kepala , dia tahu Eian saja melepaskan geramnya , dia tahu Eian sangat membencinya.. dia terima itu sejak dulu..
"Siap kan betul betul ! Guna otak tu sikit.. jangan jadi bodoh macam budak sekolah , budak sekolah pun tak bodoh macam you lah ! Hantar balik proposal tu sebelum pukul 5 nanti.. kalau tak , siap lah you !"
Eian merengus kasar sebelum bangun dari kerusinya , dia berjalan menuju ke pintu , pintu itu di buka sebelum di hempas kuat olehnya.. Mea menunduk , mengutip satu persatu kertas yang di selerakkan oleh Eian tadi..
YOU ARE READING
[C] Sketsa Sebuah Cinta
RomanceMEA THERESSA , si gadis cantik yang polos tanpa sedar menyimpan perasaan kepada anak jutawan terkenal sekaligus anak kepada ayah angkatnya , Eian Emmet Tan Sri Eddrick.. EIAN EMMET , kesempurnaan yang di milikinya buatkan dia di gilai semua , harta...