єммєт тнєяєѕѕα 28

4.4K 85 3
                                    

Mea memandang ke arah pintu bila loceng itu berbunyi berkali kali.. takkan Bryan ada tertinggal barang ?
Mea mendekat ke arah pintu , pintu itu di buka dari dalam.. matanya membulat melihat Eian yang berdiri di depan pintu itu , agak terkejut.. wajah itu tampak sugul sekali.. grill itu menghalang dari tengah..

"Sayang.."

Perlahan suara Eian..

"Mana you tahu number rumah I ? Kenapa datang sini malam malam ?"

"I tahu you tak ada apa apa dengan Bryan kan ? Hati you masih ada I kan ? You masih sayang i kan ?"

Kening Mea bertaut , lelaki ini datang hanya kerana hal tadi.. Dia patut mengagak dari tadi..

"You mengarut apa ni encik Eian ? You pergi balik sekarang.. jangan buat kacau kat rumah orang.."

"Buka pintu ni sayang.. I nak masuk.."

"Tak ada keperluan untuk you masuk.."

Monyok saja wajah Eian , mata Mea di tatap kasih.. dia memegang grill itu..

"I nak teman you.. i minta maaf sayang.. buka pintu ni , kita bincang elok elok.. Apa I kena buat biar you maafkan I.. ?cakap kat I.. jangan seksa I macam ni.. please.."

Berkaca mata Eian meluah.. sakit di hatinya Mea tak boleh nampak.. dia tahu sakit itu tak setanding sakit Mea dulu.. tapi pada dirinya sendiri , cukup terasa sakit..

"You terseksa ke sekarang ?"

Sinis soalan Mea.. Eian menunduk pandang , tiada sikit pun rasa sayang Mea untuknya sekarang ? Mana pergi Mea yang lembut , mana pergi Mea yang pernah menyayanginya ?

"Balik lah.. I tak nak boyfriend I salah faham bila nampak you kat sini.."

"Sayang.. I masih husband you.."

"Husband atas kertas.. pernah ke you layan I macam wife you ?"

"I menyesal.. tolong lah , maafkan I..terima I balik.."

"You akan mati ke kalau I tak terima you ?"

Hatinya di serang lagi , berkali kali.. pedih ke lubuknya.. kalau ianya nampak , pasti sudah melekat parut.. pasti Mea akan sedar betapa dia sakit dan seksa menjalani hari harinya tanpa Mea di sisi..
Pintu itu di hempas kuat oleh Mea.. kaki Eian longlai ke bawah..
tanpa dia sedar , airmatanya mengalir lagi.. kerana seorang wanita , kerana penyesalannya..

*
*
*
Mea melihat ujian kehamilan itu , dia mengeluh perlahan , hanya satu garis yang tentera.. dia mengigit bibir , dia tak harus berputus asa.. dia perlukan Eian sekarang..

Mea yang siap berdandan itu menoleh ke arah cermin sekilas sebelum membetulkan rambutnya.. setelah dia mencapai handbagnya , dia berjalan ke arah pintu utama.. pintu itu di buka , seterusnya grill itu.. matanya jatuh pada badan kaku yang berada di lantai itu.. dadanya berombak kencang serta merta..

"Eian..."

Dia menolak cepat grill itu sebelum mencapai badan Eian yang kaku itu , wajah pucat Eian di teliti Mea.. hatinya tiba tiba jadi sesak , sesak dengan perasaaan yang mendatang.. tangannya menyentuh lembut wajah milik Eian.. panas..

[C] Sketsa Sebuah Cinta Where stories live. Discover now