Eian merenung handphonenya , alamat sudah di berikan penculik itu melalui text.. arahan penculik gila itu tak masuk akal.. Mea Theressa ? Isterinya yang di mahukan.. Eian tak habis fikir.. Bella dan Puan Sri Gatita dalam bahaya.. tanpa berfikir panjang , Mea di heret Eian keluar dari rumah itu..
"I tak nak !! You nak bawa pergi mana ?"
"Diam lahh !!"
Eian memandu kereta itu dengan laju sekali.. Mea di sebelah sudah pucat wajahnya.. buntu apa yang berlaku..
*
*
*Eian memarkir kereta di tepi tebing itu.. gudang lama itu menjadi perhatiannya.. sebuah kereta muncul di belakang kereta Eian.. Puan Sri Gatita keluar dari kereta itu..
"Mummy , buat apa kat sini ? Balik lah ! Bahaya.."
Wajah Eian sudah tak keruan.. Puan Sri Gatita sudah menangis..
"Tak ! Kita kena selamatkan Bella.. Bella dan Eian jadi macam ni sebab mummy.. kalau mummy halang papa nikahkan Eian dengan Mea , semua ni tak akan jadi.. semua ni salah mummy.. sekarang ni Bella jadi mangsa.. kesian Bella , Eian.. dia tak patut jadi mangsa.."
Rasa bersalah menerjah masuk ke hati Eian.. dia nanar.. dia risaukan Bella.. tapi Mea ? Hatinya tak mampu memilih saat ini..
"Mummy rela di gantikan dengan Bella , mummy tak sanggup tengok dia menderita lagi.. dia dah cukup menderita sebab hilang kamu Eian.."
Teresak esak Puan Sri Gatita menangis.. Eian memejam matanya.. tak mungkin dia benarkan orang orang kesayangannya terluka dengan mudah..
"Wahh !! Ada drama airmata kat sini.."
Kemunculan suara garau itu memeranjatkan Eian dan Puan Sri Gatita.. Eian meneliti wajah lelak itu.. mereka bertiga mengelilingi Bella di tengah..
"Eian... tolong I.."
Mendayu suara Bella. Eian menampak ke depan setapak.. tak ada yang mampu dia buat.. di tangan penculik masih ada parang dan pisau masing masing..
"Mana Mea Theresaa ?"
Eian berkerut kening.. pertanyaan penculik itu seperti menikam otaknya , membuatkan fikirannya berhenti berfikir..
"Bawa keluar Mea !! Kalau tak mati perempuan ni.."
Pisau di acu ke leher Bella.. Bella sudah menggigil ketakutan.. tanpa berfikir panjang , Puan Sri Gatita membuka pintu kereta , di heret Mea keluar dari kereta itu.. penculik itu sudah ketawa besar.. Eian kaku..
"Mummy.."
"Lepaskan Bella.. kalau kau nak perempuan ni.. ambil lah !!"
Di tolak badan Mea ke arah mereka oleh Puan Sri Gatita , Mea kaku , kelu , semua bercampur baur.. dia faham kenapa dia di bawa Eian dengan tergesa gesa , kerana mahu selamatkan Bella..
"Mummy cakap apa ni ?"
Eian menekan suaranya ke arah Puan Sri Gatita.. wajahnya nampak tak senang dengan kata kata mummynya..
"Aku tahu kau nak duit.. Dua juta.. lepaskan mereka.. duit aku bagi.. lepaskan mereka !"
"Wahh !! Tak sangka encik Eian nak dua dua , perfect betul hidup.. tak nak lepaskan antara satu pun.. letak sorang dulu dengan kami.. kami tak boleh nak percaya kata kata encik Eian.. bagi aku cash.."
YOU ARE READING
[C] Sketsa Sebuah Cinta
RomanceMEA THERESSA , si gadis cantik yang polos tanpa sedar menyimpan perasaan kepada anak jutawan terkenal sekaligus anak kepada ayah angkatnya , Eian Emmet Tan Sri Eddrick.. EIAN EMMET , kesempurnaan yang di milikinya buatkan dia di gilai semua , harta...