3│𝐇𝐞𝐧𝐫𝐲×𝐊𝐚𝐥𝐞𝐚

2.6K 107 0
                                    

"Time ni la nak hujan. Dah la aku parking kereta jauh! " Henry mendengus kuat. Kebetulan dia dalam perjalanan nak pergi tempat parkir kereta tiba-tiba hujan lebat pula. Terpaksa dia berteduh di bus stop.

"Uhuk uhuk! " batuk seseorang menarik perhatiannya.

Henry memandang tempat duduk bus stop. Tak perasan pula dia ada orang lain selain. Henry berkerut memandang gadis itu yang tidak berhenti batuk.

"Miss? " Henry memilih untuk menegur. Kalau dibiar kesian pula.

Gadis itu memandangnya dengan kerutan.

"Are you okay?"

Gadis itu hanya mengangguk.

Setelah memastikan gadis itu baik-baik sahaja, Henry kembali diam. Tapi baru beberapa saat batuk kembali kedengaran. Malah lebih teruk.

"Ok apanya kalau macam ni sekali batuknya. " desis Henry perlahan.

Tiba-tiba Henry terpandang satu objek di sebelah gadis itu.

"Ada payung tapi tak guna buat apa. " gumannya.

"Err... Miss?"

Gadis itu kembali memandangnya.

"Boleh aku pinjam payung kau kejap? Aku nak ambil kereta aku. Nanti aku pulang balik. " minta Henry.

Gadis itu mengangguk membenarkan. Henry terus mengambil payung yang berada di sebelah gadis itu.

"Thanks! Kau tunggu kejap. " Henry terus meredah hujan dengan payung yang dipinjamnya.

Henry masuk kedalam kereta. Dia memandu kereta ke bus stop tadi. Henry berhenti di hadapan bus stop. Dia membuka tingkap.

"Cik, masuk! " jeritnya menyuruh gadis itu masuk kedalam keretanya.

Gadis itu tidak bereaksi. Dia hanya kaku seolah tidak mendengar.

"Masuklah. Aku tumpang kau. Masa ni tiada bas yang akan lalu dah. Kau kena tunggu pagi baru ada. Baik kau masuk sebelum deman. " jerit Henry melawan bunyi hujan yang deras.

Gadis itu tetap menggeleng.

"Kalau kau taknak masuk. Aku tak bagi payung kau. " ugut Henry.

Gadis itu berdiri. Henry ingat gadis itu termakan ugutannya tapi rupanya gadis itu menonong meredah hujan. Habis basah kuyup dia.

Henry berdecit. "Degil betul la minah ni! "

Henry memandu keretanya perlahan bagi menyampai langkah seberono gadis itu.

"Kau jangan degil boleh tak! Nanti kau demam! " ujar Henry kegeraman.

Gadis itu tetap berjalan.

"Dia ni pekak ke bisu?" Henry kebingungan.

"Ke....... Dia hantu? " Henry mula rasa tak sedap hantu. Dia memandang gadis tu semula.

"Tapi takkan cantik macam ni hantu? " desisnya.

"Eh?! Pengsan pulak!" Henry kalut berhentikan kereta bila gadis tu tumbang. Dia keluar dari kereta dan pergi kearah gadis itu yang pengsan.

Dia memangku gadis itu. "Miss? Weh kau pengsan ke?! "

Henry mengangkat gadis itu. Dia membawa masuk kedalam kereta.

────────

Henry memandang gadis yang belum sedarkan diri. Akhirnya setelah puas berfikir, dia membawa pulang ke rumahnya.

Henry mendekat dan berdiri betul-betul disebelah gadis itu. Dia membungkuk sedikit. Dia menilik gadis itu dengan teliti.

"Ni bukan ke minah yang terjatuhkan kunci tu? " Henry kemudian memandang pergelangan tangan gadis itu.

"Hm. Betul la dia. "

"Tapi cantik juga dia ni. Ada juga perempuan yang cantik dekat dunia ni selain mom ek? " Henry membelai pipi gadis itu.

"Panasnya! " Henry mengalih tangannya.

"Dia demam lah. " Henry terus pergi kebilik nya untuk mengambil kain.

Henry kembali semula dengan kain yang sudah dibasahkan. Dia duduk mencangkung dan mula membasahkan wajah gadis itu.

Usai itu Henry meletak kain di dahi. Henry memandang dia.

"You're really mysterious stranger."

────────

────────

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐇𝐊│Henry's Addiction ✔Where stories live. Discover now