Liam sudah pasrah dengan nasibnya. Kalau tidak menurut dia mati di tangan Henry, kalau menurut dia mati di tangan Kalea. Tapi dia lebih memilih untuk mati di tangan Kalea dari Henry. Jadi di sinilah dia mendengar perancanaan terperinci dari Henry.
"Zio faham tak apa yang daddy cakap?" Soal Henry serius.
Lazen mengangguk. Walaupun memudaratkan nyawanya dia sanggup. Janji mummy dan daddynya dapat kembali seperti sediakala.
"Ulang balik." Tegas Henry.
"Daddy akan serahkan Zio dekat Karlos untuk tarik perhatian mummy. Bila mummy datang untuk selamatkan Zio, daddy akan muncul culik mummy sekaligus bunuh Karlos. " ulang Lazen dengan terperinci.
Kagum pula Liam dengan Lazen. Dia pun tak ingat sepatah habuk dengan apa yang dikatakan Henry.
"Err...kau yakin ke rancangan kau ni akan berjaya? Mana tahu tiba-ti-hehe...sorry sorry" Liam terus memohon maaf.
Dia menunduk melihat lantai apabila Henry merenungnya dengan tajam. Manggigil badan dia mendapat panahan mata helang yang tajam tu. Macam manalah Kalea boleh hidup dengan lelaki ni?
"So, kau dah fikir bila nak mulakan?" Sampuk Lucas.
"Malam ni. Mesej nombor kongsi gelap Karlos beritahu ada budak yang nak dijual malam ni. Don't use your real number!" Pesan Henry tegas.
"Don't worry. I'm not that fool"
"Daddy" panggil Lazen.
"Hm..." Sahut Henry tanpa melihat Lazen.
"Siapa Karlos pada mummy? Why she's so scared when she know about the accident?" Tanya Lazen ingin tahu.
Liam menggaru kepalanya yang tidak gatal. Matanya melihat Henry yang kaku sejenak.
Henry menayang senyuman palsu. "Dia cuma sejarah lama mummy yang tak penting. You don't need to know, dia akan mati juga."
Lazen mengangguk faham. Liam melihat Lazen dengan pelik. 'Budak ni normal ke tak? Dengar orang nak membunuh langsung tak takut siap boleh join lagi. Darah criminal betul.'
────────
Kalea yang berpakaian serba tertutup melihat pergerakan Karlos dengan tajam. Dia tidak lalai sedikit pun dengan setiap perbuatan Karlos.
"Ada budak lagi ke?" Soalnya hairan melihat Karlos seperti sedang menunggu seseorang.
Sebuah kereta muncul. Seorang jejaka tidak dikenali Kalea keluar dari kereta dengan membawa seorang budak lelaki. Mata Kalea mengecil untuk melihat dengan lebih jelas.
"Wait....bukan ke tu..."
Mata Kalea membulat. Dia menggengam tangan menahan marah.
"What the fuck?! Liam buat kerja ke tak sial?! Asal anak aku dijual dengan orang yang tak dikenali ni?!" Bengang Kalea.
Api amarahnya meletus. Ingin sahaja dia membunuh manusia-manusia yang berani menyentuh anaknya tanpa kebenarannya.
Mata Kalea sedia mengekori setiap tindakan Karlos. Kelihatan Karlos membawa Lazen memasuki keretanya dan keretanya meluncur di kawasan yang gelap dan sunyi itu.
Kalea mengikuti dari belakang dengan superbike nya. Tak lama selepas itu kereta Karlos berhenti di hadapan sebuah gudang yang menjadi tempat dia menjual organ-organ fresh.
Senyap senyap Kalea memerhati di sebalik pokok. Dia mengeluh kasar melihat security yang terlalu ketat. Gila ke sampai 10 orang berjaga di depan? Tahu la lemah!
Mata Kalea pula menilik setiap inci banggunan ingin melihat jika ada tempat yang dia dapat masuk selain pintu depan dan belakang.
Mata Kalea pula terpandang banggunan kosong yang berada di sebelah banggunan Karlos. Dia mula memikirkan rancangannya. Perlahan Kalea tersenyum.
Dengan lincah dia berlari ke banggunan sebelah. Dia masuk ke dalam dengan senang hati. Kalea berjalan santai menaiki tangga sehingga ke tingkat 50 puluh sambil bernyanyi. (aku tiga tingkat pun dah semput. Dia boleh rilek naik 50 tingkat?)
Sampai sahaja di tingkat atas iaitu rooftop, Kalea berhenti betul-betul di tepi banggunan. Dia melihat ke bawah terlebih dahulu.
"Bapak tinggi! Ni kalau jatuh, alam lain dah." Kalea berundur.
Dia berdiri sedikit jauh. Kalau ikutkan jarak building ini dan building sebelah tidaklah jauh mana. Sebab itu dia berani mati fikir idea ni.
Kalea menarik nafas panjang. Dia berlari sekuat hati dan melompat. Dan...
Bukk!
Kalea jatuh tergolek di banggunan sebelah. Dia tersenyum bangga dengan skill lompatannya.
"Ni kalau Henry tahu, dah mati aku digomol dia..." Tiba-tiba rasa rindu pula dengan Henry.
"Ish apa pula fikir pasal dia! Anak kena selamatkan dulu!"
────────
YOU ARE READING
𝐇𝐊│Henry's Addiction ✔
Romance**•̩̩͙✩•̩̩͙*˚ 𝕰𝖛𝖆𝖓𝖘 𝕾𝖊𝖗𝖎𝖊𝖘 𝐕𝐨𝐥 𝟐˚*•̩̩͙✩•̩̩͙*˚* •𝐌𝐲𝐬𝐭𝐞𝐫𝐲 𝐖𝐨𝐦𝐞𝐧• 「𝐇𝐢𝐬 𝐊𝐚𝐥𝐞𝐚」 Also known as "Diego's Lareina" Don't be a silent reader. Vote please 𝐇𝐞𝐧𝐫𝐲 𝐃𝐢𝐞𝐠𝐨 𝐄𝐯𝐚𝐧𝐬 𝐊𝐚𝐥𝐞𝐚 𝐋𝐚𝐫𝐞𝐢𝐧...