Pang!
"You tu pelayan! Layan jelah apa yang dia nak! " jerkah Elliot.
"But miss El, kerja I hidangkan minuman or makanan dekat customer je. Bukan kena layan nafsu diorang. I kerja dekat cafe bukan kelab. " Kalea membela diri.
"Menjawab! I bos ke you bos? " marah Elliot.
"You."
"Habis?! Dengar jelah arahan I! You tu nasib anak kawan I! Kalau tak memang I pecat you! Keluar! Serabut je tengok muka hodoh you tu! Mak pelacur tapi anak acah suci! Menyusahkan aku je! " halau Elliot kasar.
Kalea menunduk sebelum dia keluar. Kalea mengeluh. Hari-hari dia kena hadap benda sama sampaikan dia sudah lali dengan hinaan yang dilontarkan.
"Entah mana kau jumpa perempuan gila ni Mrs Smith. Perempuan yang takde akal juga la nak dibuat kawan. Dua-dua sama je, membawa masalah dalam hidup aku. " kutuk Kalea sambil dia menukar pakaian kerjanya ke pakaian biasa.
Kalea terus keluar dari bilik persalinan. Dia berjalan dengan selamba melintasi rakan kerjanya yang sedang mengutuknya. Mereka terus terdiam bila Kalea lalu disebelah mereka.
Kalea menyungging bibirnya. "Manusia memang tak berguna. Gunakan mulut untuk berbual benda tak berfaedah. Cuba gunakan mulut tu untuk buat duit. Jadi penyanyi ke lawyer ke kaya juga. Ni tak nak juga kerja dekat cafe murah ni. Dah lah gaji lepas beli ramen je! "
Sedar tak sedar dia sudah sampai dihadapan rumahnya. Kalea terus masuk kedalam. Dia melempar begnya sebarangan. Kalea membuka kancing bajunya. Dengan hanya memakai sport bra dan short pant Kalea pergi kedapur.
Dia membuka peti ais.
"Haih! Asal miskin sangat aku ni? Yang pakcik Smith tu pun satu! Sebelum mati tu buat la duit dulu! Jadi businessman ke, takde lah susah sangat hidup aku ni. Dah lah kawan pun takde nak buat pau duit. Family? Lagi tak berguna! Bodoh! "
Kalea menutup peti ais dengan kasar. Dia balik semula ke ruang tamu. Kalea mencapai remot dan meng'on'kan tv. Kalea hanya mempunyai satu siaran. Tak mampu dia nak langgan. Dia pun bukan lekat dekat rumah pun.
Kalea hanya menonton cerita yang sama berulang kali. Nak buat macam mana, hidup dia memang dah membosankan sedari kecil lagi. Nak kena menghadap keluarga bertengkar dihadapan dia tanpa rasa bersalah sedikit pun, lepastu mati meninggalkan hinaan orang terhadapnya, dibuang keluarga, dibenci masyarakat.
Tiada harapan untuk dia merasakan kebahagiaan. Kalea hanya menjalani kehidupan dia yang telah diberikan sehingga ajalnya menjemput. Dia tak rasa ingin mati dan tak rasa ingin hidup. Kosong. Sekosong hati dia.
Takdir terlalu kejam untuk dia. Sedari dia lahir sedikit pun kebahagiaan tidak dia dapatkan. Hanya kekerasan yang dia dapat. Diajar untuk dewasa ketika jiwa inginkan bermain seperti kanak-kanak yang selayaknya.
Jika kanak-kanak lain dapat pelbagai permainan semasa hari lahir mereka, dia pula dapat cacian, herdikan, pukulan. Telah banyak karya yang diukirkan di seluruh tubuhnya. Dia hanya mahukan ketenangan. Kebahagiaan. Dan tempat bersandar. Dia mahu melepaskan semuanya.
Tapi dia sedar jika dia hanyalah berseorangan. Tiada siapa yang mahu terima dirinya. Dia hanyalah seekor tikus yang jijik dimata masyarakat. Yang semua orang benci, yang semua orang mahu dia lenyap di muka bumi ni. Sedangkan dia juga mahu ketenangan mahupun sesaat. Tetapi di mata semua, dia tak ubah seperti sampah. Dibuang, dipijak, disepak, dibakar sehingga hancur.
Tidak bolehkah jika sesaat sahaja dia merasakan kebahagiaan? Tidak bolehkah seseorang memerima dia seadanya tanpa memandang kisah silamnya?
Tanpa sedar Kalea tertidur dengan harapan agar dia mendapat kebahagiaan seperti yang orang lain dapatkan.
Itu sahaja keinginannya. Kebahagiaan sebelum kematian.
────────
YOU ARE READING
𝐇𝐊│Henry's Addiction ✔
Romance**•̩̩͙✩•̩̩͙*˚ 𝕰𝖛𝖆𝖓𝖘 𝕾𝖊𝖗𝖎𝖊𝖘 𝐕𝐨𝐥 𝟐˚*•̩̩͙✩•̩̩͙*˚* •𝐌𝐲𝐬𝐭𝐞𝐫𝐲 𝐖𝐨𝐦𝐞𝐧• 「𝐇𝐢𝐬 𝐊𝐚𝐥𝐞𝐚」 Also known as "Diego's Lareina" Don't be a silent reader. Vote please 𝐇𝐞𝐧𝐫𝐲 𝐃𝐢𝐞𝐠𝐨 𝐄𝐯𝐚𝐧𝐬 𝐊𝐚𝐥𝐞𝐚 𝐋𝐚𝐫𝐞𝐢𝐧...