21│𝐇𝐞𝐧𝐫𝐲×𝐊𝐚𝐥𝐞𝐚

1.7K 64 0
                                    

Kalea mula berasa hairan apabila Henry berubah terlalu possessive terhadapnya.

Dia pergi mana-mana je mesti akan ada dua orang lelaki iaitu anak buah Henry yang memerhatinya dari jauh. Seolah dia sedang berada dalam bahaya.

Walaupun Henry tidak memberitahunya, dia dapat meneka bahawa dua jejaka itu bekerja dibawah Henry dan diperintah untuk menjaganya. Dia bukan bodoh lagi tak alert ada yang memerhatinya.

Cuma dia hairan...atas sebab apa? Bahaya apa yang menghampirinya? Lazen pun sekarang homeschooling. Atas arahan Henry.

Persoalannya kalau betul dia dalam bahaya...musuh siapa? Dia atau Henry? Kenapa dia tak tahu apa-apa?

"Hoi!" Jerkah Liam.

Kalea tersedar. Dia menjeling Liam.

"Jeling jeling! Ada apa hal kau nak jumpa aku? Mustahak sangat ke?" Liam menyilangkan kakinya.

"3 3 3 6 7"

Berkerut hairan dahi Liam. "Dah kenapa kau guna bahasa code rahsia ni? Kau nak aku sias-hmph!"

Kalea mengelap tangannya dengan tisu setelah menyumbat biskut ke dalam mulut Liam. Dia mengeluh.

"3 5 9 3"
'ada seseorang memerhati aku'

Liam mula serius. "5?" 'Siapa?'

"4 4 5" tenang Kalea.
'Bawahan Henry'

Berkerut hairan dahi Liam. "6 3 6 6 5 9 3?" 'Kenapa dia hantar pekerja dia memerhati kau?'

"3 2 4 3 3 3 6"
'Itu la apa yang aku nak kau siasat'

Liam mengangguk faham. "Oh...faham. Kau nak cepat ke?"

Kalea mengangguk.

"Detail?"

Kalea mengangguk lagi.

"Ok. Esok aku mesej kau. Itu je kan?"

"Hm"

"Ok bye! Aku nak melepak!" Pamit Liam. Dia memakai jaketnya sebelum pergi.

Kalea diam di tempatnya. Dia asyik menggigit straw yang digunanya. Habit.

Tiba-tiba matanya menangkap pandangan yang tidak asing. Lelaki berhoodie hitam menutup seluruh mukanya.

"Karlos..." Kalea menyilangkan tangannya.

Lelaki itu melihatnya. Kalea tersenyum dan melambai. Lelaki itu melihat sekelilingnya sebelum melihat semula kearah Kalea.

Jari telunjuk dan jari hantu Kalea menunjuk kedua matanya sebelum menunjuk kearah lelaki itu. Mulutnya bergerak mengatakan sesuatu.

Lelaki itu cuba membacanya.

'Loser'

Kalea menjelirkan lidahnya dan menunjuk jari tengah kepada lelaki itu sebelum dia bangun dari kerusi dan keluar dari cafe dengan senang hati walaupun dia telah membuat api semakin marak.

Kedua jejaka yang mengikuti Kalea kelihatan bingung bila Kalea berperangai aneh dengan pengunjung lain. Mereka mengikuti Kalea dengan senyap.

Manakala di situasi lelaki tadi....

Dia melihat Kalea berlalu dengan rasa marah yang membara.

"Fuck! Did she really know who I am?"

"Aku kena cepat! Perempuan jalang tu mesti dihapuskan sama seperti mak tak guna dia tu!"

────────

Lucas merenung Melanie yang baru keluar dari bilik air. Matanya setia mengikut pergerakan Melanie.

𝐇𝐊│Henry's Addiction ✔Where stories live. Discover now