27│𝐇𝐞𝐧𝐫𝐲×𝐊𝐚𝐥𝐞𝐚

1.7K 61 0
                                    

Karlos mengerang kesakitan bila bahunya ditembak. Henry menghampiri Karlos. Air matanya mengalir melihat keadaan Kalea.

"You get what you did loser!" Dingin Henry dengan suara seraknya.

Dia menghalakan muncung pistol di dahi Karlos. Tanpa melengahkan masa. Berdas-berdas tembakan dilepaskan tanpa memberi peluang untuk Karlos bergerak.

"Cukup untuk segala permainan yang kau wujudkan, Karlos. Banyak manusia merana dikeranakan kau!"

Dahi Karlos penuh dengan lubang kesan tembakan Henry. Nyawanya sudah melayang dengan mata yang terbuka.

"Da...ddy...hiks..mummy" Lazen menangis tersenguk-senguk. Tangannya menggapai-gapai tubuh Kalea yang tumbang.

Henry meluru memangku kepala Kalea. Dia menepuk-nepuk pipi Kalea resah.

"Baby? Baby please wake up!!" Henry mengetap bibirnya menahan getaran tubuhnya.

Lazen menghampiri Kalea. Tangannya menggoyangkan tubuh Kalea dengan teresak-esak.

"Mummy! Mummy!"

Liam dan Lucas muncul. Mereka berdua terkedu melihat permandangan dihadapan mereka.

"Reina I'm sorry I'm late...maafkan aku...jangan tinggalkan aku lagi. Please...im begging you!" Air matanya jatuh menyentuh ke wajah Kalea yang sudah memejamkan mata.

Henry mendongak memandang Liam dan Lucas. "Korang buat apa lagi sial?! Call ambulance la bodoh! Nak tunggu gadis aku mati dulu ke hah?!" Jerkah Henry.

Liam kalut menelefon ambulance. Lucas merenung sayu kearah Henry yang rapuh.

"Mi Amor...im begging you! Please don't leave me!" Henry menggengam erat tangan Kalea.

"Arghhh fuck! fuck! fuck!!"

────────

Henry duduk merenung tangannya yang masih penuh dengan darah Kalea yang kering. Matanya juga bengkak kerana terlalu banyak menangis. Lazen tidak usah di cakap, tertidur kerana terlalu penat menangis dan sekarang sedang dijaga Quirine.

Melanie menghampiri Henry. Dia melabuhkan duduk disebelah Henry. Dia faham apa yang Henry rasakan. Dia juga pernah merasai kehilangan seseorang yang disayangi sepenuh hati.

Melanie menepuk perlahan bahu Henry.

"Sabar... I know she'll be okay. Lea kuat. Kau tau itu."

Henry mengeluh. Dia memejam mata. "Semua ni salah aku! Kalau aku tak rancang benda bodoh tu Kalea takkan berada di dalam sana. Semua ni salah aku! Aku tak guna!"

Melanie memeluk abangnya. "Semua ni bukan kehendak kau. Kalau Kalea berada di tempat kau mesti dia akan lakukan benda sama. Kau cuma ingin dia kembali kepada kau, itu tak salah. Kalea mesti tak suka kalau dia tahu kau asyik salahkan diri kau sekarang."

Air mata Henry menitis. "Aku tak kuat Mel... Aku takut hilang dia. Aku tak boleh hidup tanpa dia..."

"Dia takkan tinggalkan kau pun! Jangan risau"

Henry menangis teresak-esak di pelukan adiknya. Melanie mengusap belakang tubuh Henry.

Lucas yang melihat dari jauh menyimpan rasa cemburunya. Member tengah sedih! Tak boleh pentingkan diri!

Dia pun sebenarnya berasa simpati dengan nasib Henry. Dia faham apa yang dirasakan Henry. Mesti sakit bila melihat kesayangnya berlumuran darah di pangkuannya.

Sekarang pun sudah 5 jam Kalea berada di bilik bedah. Henry langsung tidak bergerak. Dia statik duduk di kerusi merenung tangannya yang berbekas darah Kalea.

Kau kuat, Henry...

Tak lama selepas itu doktor perempuan keluar dari bilik icu. Henry terus meluru kearah doktor perempuan itu. Dia mengelap kasar air matanya.

"Macam mana dengan dia?" Soal Henry tidak sabar. Dia tidak dapat membaca riak wajah doktor itu kerana terlalu risau.

Doktor perempuan itu mengeluh. "Maafkan saya encik Henry..."

Bukk!

Henry jatuh pengsan tanpa sempat mendengar sambungan doktor itu.

"Henry Diego!!" Semua kalut bila Henry tiba-tiba pengsan.

Mujur sahaja Melanie kuat memaut Henry. Kalau tidak dah tumbang kedua beradik itu.

────────

────────

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐇𝐊│Henry's Addiction ✔Where stories live. Discover now