•𝐒𝐩𝐞𝐜𝐢𝐚𝐥 𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫•

2.3K 75 4
                                    

~The Story of Princess Bellerose and Lazen Zionsville~

Kalea mencari kelibat Kyle di serata rumah. "Mana pula anak aku ni?"

Dia ternampak kelibat Lazen yang sedang membaca buku di ruang tamu seorang diri. Kalea terus pergi kearahnya.

"Zio" panggil Kalea.

Lazen berpaling. Dia tersenyum nipis. "Yes mummy?"

"Ada nampak adik tak? Dari tadi mummy cari." Tanya Kalea.

Lazen kembali membaca bukunya. "Ada dengan daddy dekat library. Tidur maybe?"

"Oh ok. Tq, boy"

Kalea mencium dahi Lazen sekilas. Dia menyedari perubahan Lazen selepas dia sedar dari koma. Lazen kurang bercakap dan suka bersendiri membaca buku. Kalea pun tidak mengetahui sebab Lazen berubah.

Kalea membuka pintu pustaka. Dia menjenguk kepala. Kelihatan anak lelaki bongsunya, Kyle sedang tidur di atas dada Henry.

Kalea tersenyum lucu. Comel je dua beranak ni, dengan tak berbajunya. Kalea mernghampiri mereka.

Dia mengejutkan Henry dengan berhati-hati supaya tidak mengejutkan Kyle.

"Honey..." Dia menggerakkan lengan Henry.

Henry tersedar. Dia merenung Kalea dengan mamai. "Hm.."

"Mian kena mandi. You nak mandikan dia ke I?" Tanya Kalea.

"Kau la...aku tak mandi lagi" dengan berhati-hati Henry mengangkat Kyle.

"Hm yelah....tapi dia tidur lagi ni, macam mana? Nak kejutkan?" Kalea mencium dahi Kyle.

"Hm. Letak dia sebelah abangnya, sedarlah tu nanti." Henry bangun bersama Kyle di dukungannya.

Mereka bertiga turun ke tingkat bawah dimana Lazen berada. Henry duduk meletakkan Kyle di sebelah Lazen.

"I pergi sediakan air mandi dulu." Dan Kalea terus menghilang.

Lazen menutup bukunya. Dia merendahkan tubuh dan mencium dahi adiknya.

Henry merenung Lazen. Sejujurnya dia takut sekiranya Lazen merasa tersisih. Sejak 2 tahun lepas lagi, dia suka menyendiri tanpa sebab.

"Zio..."

Lazen melihat Henry. "Hm?"

"Zio tak rasa tersisih kan?" Soalnya terus terang.

Lazen tersenyum. Dia menggelengkan kepala. "No. Zio faham, Mian masih kecil."

"Daddy harap Zio tak salah faham. Kasih sayang mummy and daddy sama rata je. Kalau Zio rasa mummy daddy sisihkan Zio, bagitahu je daddy k?"

Lazen mengangguk. Buat apa dia nak rasa macam tu? Kalau betul pun Henry dan Kalea sisihkannya, bukan dia layak pun nak terasa.

"Ermm" Kyle menggeliat. Buka-buka je matanya, wajah Lazen terpapar. Terus dia tersenyum menampakkan gusi yang belum tumbuh gigi itu. Tangannya menggapai-gapai wajah Lazen.

Pap!

"Baa! Baa! Buu!" Cerianya.

Lazen mencium hidung Kyle. Dia turut bermain dengan Kyle yang inginkan perhatiannya.

Henry tersenyum melihat interaksi dua beradik tu. Kyle memang sukakan Lazen lebih darinya. Bila dia ternampak Lazen je mesti tangannya tergapai-gapai.

Kalea muncul semula. Dia melihat Kyle sudah sedar terus dia menghampiri Kyle.

Kalea mengangkat Kyle. Dia memerhati Lazen. "Zio dah mandi ke belum?"

Lazen mengangguk.

"Kalau dah, you pergi bersiap. Kejap lagi kita nak pergi rumah nanny." Suruh Kalea.

𝐇𝐊│Henry's Addiction ✔Where stories live. Discover now