Bang! Bang! Bang!
Kalea menembak dengan sebarangan. Dia berada di atas banggunan yang buatkan mereka susah untuk mencari punca tembakan.
Keadaan semakin kalut dengan suara jeritan manusia.
Kenapa dia menembak?
Kerana manusia yang dia inginkan lenyap dari dunia ni berada di majlis ini. Wajahnya hanya beriak kosong walaupun dia tahu dia telah membunuh banyak manusia yang tidak bersalah.
Apa dia kisah! Manusia merupakan iblis yang sebenar. Jadi tak salah dia kurangkan iblis kan?
Bang!
"Arrghhh!!!"
Kalea tersenyum apabila sasarannya sudah mengena. Dia berhenti menembak. Pistol dia jatuhkan di lantai.
Matanya bergerak mengikut manusia-manusia yang sudah dilumuri darah serta ada yang sudah tidak bernyawa.
Tapi tiba-tiba matanya menangkap kelibat yang dikenalinya sedang melihatnya dengan tajam.
Kalea mengenyit mata. Dia tersenyum sinis sebelum tubuhnya berbalik dan hilang dari pandangan.
──────
"What the fucking wrong with you?!" Marah Henry yang masih dalam nada rendah.
"What?" Santai Kalea.
"Kau dah bunuh hampir seratus orang Kalea Lareina! Are you fucking crazy?!" Tengking Henry.
Kalea berdecit. Dia menantang berani mata Henry yang mencerlung kearahnya.
"Itu masalah I! Yang you nak sibuk kenapa? You siapa? Entah stranger mana tiba-tiba masuk dalam life I dan sekarang nak ikut masuk campur! You fikir you siapa nak tengking tengking I?!" Tengking Kalea balik.
Henry terdiam. Tangannya digenggam menjadi penumbuk. Diketap giginya kerana geram.
"Hidup I ni memang macam ni lah! I ni pembunuh! Assassin faham tak?! Sebelum you muncul lagi! You tak payah nak sibuk sibuk campuri hal I boleh tak?! Serabutlah!" Bengang Kalea.
"Masalahnya yang kau bunuh tu langsung tak bersalah!"
"So? I langsung tak kisah lah! I pun tak bersalah juga tapi kenapa diorang hina I! Kutuk I! Layan I macam sampah! Diorang tu tak ubah macam iblis! Buat apa I nak kisah tentang diorang hah?! You tak tahu langsung pasal hidup I tak payah nak acah kenal I lah!" Kalea menolak kuat dada Henry.
Henry terdiam. Dia melihat pemergian Kalea dengan datar. "Aku cuma taknak kau jadi manusia kejam. Aku boleh bunuhkan seluruh manusia dekat dunia ni kalau itu yang kau nak. Janji bukan kau yang membunuh."
────────
Kalea memasuki lif usai terbuka. Sudah sebulan berlalu. Sebulan juga dia langsung tak mendengar kabar dari Henry.
And guess what? Now dia ada dekat syarikat Henry. Crazy aren't?
Kisahnya, dia bukan sengaja datang sini melainkan syarikatnya perlu juga mendapat tandatangan dari ceo syarikat ni. Awalnya pembantunya yang datang tapi Henry ingin ceo sendiri yang berjumpa dengannya.
Jadi disinilah dia. Nak marah pun tak boleh. Kerja tetap kerja. Macam manalah Henry tahu syarikat De'Reinas ni kepunyaannya.
Kalea melihat penampilannya di cermin lif. Dia mengeluh rimas. Disebabkan rambutnya dibiar lepas agak rimas untuknya.
Kalea menggigit ikat rambutnya yang berwarna hitam dan mula meleraikan rambut biar terlihat kemas.
YOU ARE READING
𝐇𝐊│Henry's Addiction ✔
Romance**•̩̩͙✩•̩̩͙*˚ 𝕰𝖛𝖆𝖓𝖘 𝕾𝖊𝖗𝖎𝖊𝖘 𝐕𝐨𝐥 𝟐˚*•̩̩͙✩•̩̩͙*˚* •𝐌𝐲𝐬𝐭𝐞𝐫𝐲 𝐖𝐨𝐦𝐞𝐧• 「𝐇𝐢𝐬 𝐊𝐚𝐥𝐞𝐚」 Also known as "Diego's Lareina" Don't be a silent reader. Vote please 𝐇𝐞𝐧𝐫𝐲 𝐃𝐢𝐞𝐠𝐨 𝐄𝐯𝐚𝐧𝐬 𝐊𝐚𝐥𝐞𝐚 𝐋𝐚𝐫𝐞𝐢𝐧...