11│𝐇𝐞𝐧𝐫𝐲×𝐊𝐚𝐥𝐞𝐚

2.1K 83 1
                                    

Selepas menghantar Lazen ke rumah Liam untuk dijaga sementara, Kalea pulang semula ke rumah.

Dahinya berkerut hairan melihat kereta milik Henry yang berada di garage nya.

"Apa dia buat dekat sini?" Kalea keluar dari keretanya.

"Lama aku tunggu kau." Henry keluar dari keretanya.

Tak perasan pula Kalea Henry berada di dalam. Kereta Henry memang tinted. Memang tak nampak langsung kalau tengok dari luar.

"Apa you buat dekat sini?" Kalea menekan password rumahnya.

Klak!

"Saja"

Kalea masuk kedalam diikuti Henry. Dia menyimpan kunci kereta di tempatnya. Usai itu dia pergi ke sofa dan melabuhkan punggung di situ.

Henry turut melabuhkan duduk di sebelah Kalea. Tanpa isyarat dia memeluk Kalea dengan erat.

"Eh eh kenapa ni?" Kalea ingin meleraikan pelukan Henry tapi terhenti bila tangannya tersentuh dahi Henry.

"You demam?"

"Kenapa kau taknak terima aku?" Soal Henry mengabaikan soalan Kalea.

"Huh?" Bingung Kalea.

Henry mendongak dan melihat Kalea dengan mata merah dan air mata yang sudah mengalir. Mulutnya dicebik.

Tergamam Kalea. Dia menangis ke? Ha sudah! Dah kenapa dengan mamat ni?

"Kenapa kau taknak terima aku? Ingat aku tak penat ke? Ingat tak sedih ke bila kita je beria lebih dia langsung tak kisah! Ingat tak sakit bila selalu kena palau?!" Marah Henry dalam keadaan sedih.

'Buang tebiat ke mamat ni? Takkan demam saraf otak boleh terputus kut?'

"Mi amor~" rengek Henry. Dia menggoyangkan tangan Kalea geram.

"Err... You demam ni. Jom pergi bilik I. " ajak Kalea.

"Taknak! Accept dulu aku sebagai boyfriend kau!" Cemberut Henry.

"Ok fine. So my boyfie, please pergi bilik I jom?" Pasrah Kalea.

"Okey!" Henry memaut tangan Kalea.

Kalea mengeluh. Dia berdiri dan melangkah untuk naik ke biliknya bersama Henry yang berkepit dengannya.

Tapi tiba-tiba Henry jatuh pengsan dan tubuhnya menghempap tubuh Kalea. Terjerit kecil Kalea. Dia cuba untuk menolak tubuh Henry.

Tapi mustahil la berat 41 nak tolak berat yang hampir masuk 100 ni. Boleh dikatakan tubuh Henry 3 kali ganda lebih besar dari Kalea.

Akhirnya Kalea hanya mampu pasrah dan terjelopok di tengah-tengah ruang tamu dengan Henry yang berada di atasnya.

"Kau ni exercise sehari berapa jam? Tubuh dah macam hulk! Serasa nak patah pinggang aku!" Bebel Kalea seorang diri.

"Apa la malang nasib aku ni..."

────────

Henry tersedar dari pengsannya. Dahinya berkerut. Kenapa katilnya size kecil tiba-tiba ni? Dan kenapa bantal dia lembut sangat ni?

"Best landing atas I 3 jam?" Kedengaran satu suara seperti menyindir.

Henry mendongak. Terkejut dia melihat Kalea yang sudah melihatnya dengan datar.

Wait! Apa dia cakap tadi? 3 jam?!

Laju Henry bangun dari menghempap Kalea. Kalea mengeluh lega. Akhirnya...

Dia ingin bangun tapi terduduk semula bila seluruh tubuhnya terasa kebas.

"Aw..."

"Ke-kenapa?" Cemas Henry. Yelah... Mana tahu pinggang gadis kesayangannya ni patah ke? Dengan tubuhnya yang macam ni menghempap tubuh kecil Kalea hm... Tak payah cakaplah.

"Sebab you la ni! Habis kebas seluruh badan I! You gym sehari berapa jam hah?! Tubuh dah macam gorilla! Menyusahkan I je nanti! " Bengang Kalea.

Henry tersengih. "I'm sorry. Aku terlalu obses untuk latih tubuh."

"Gila!"

Henry menghiraukannya. Tangan dia berura-ura ingin mengangkat Kalea.

"Eh eh! You nak buat apa ni?" Tegur Kalea.

"Buat apa lagi? Dukung kau la. Badan kau kan kebas."

"Eh tak payah! You tu demam. Nanti tak pasal-pasal pengsan lagi sekali masa tengah dukung I. Bukan kebas je dapat entah-entah cacat I nanti." Bebel Kalea.

Henry tersenyum lucu. "Ok fine. Kalau macam tu aku urut kau la senang"

"erm ok" setuju Kalea.

Tangan Henry mula bergerak menyentuh tubuh Kalea dan mengurutnya perlahan.

"Arghhh sakitlah!" Pekik Kalea.

"Memanglah sakit. Tahanlah. Kejap je ni nanti okay la tu." Henry menyambung mengurut Kalea.

"Arghhh! Fuck you Henry Diego!" Kalea menepuk-nepuk bahu Henry kuat.

Henry tergelak kecil. Dia tetap mengurut Kalea dan menghiraukan jeritan Kalea yang berterusan sambil memukulnya. Sakit lagi malam tu...

"I hate you Henry Diego!!"

"Shut up!"

────────

────────

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐇𝐊│Henry's Addiction ✔Where stories live. Discover now