adyra mikayla- seorang gadis anggun dan menawan, ia tidak suka diatur , ia juga sangat la keras kepala, sehingga lah ia menemui sugar daddy di paris, yang mampu buat jantung dia detak tidak normal, jejaka itu sudah membuatnya jatuh cinta.
harith aim...
"Adyra?" Harith hampiri adyra yang sudah berada diruangan meja makan
Adyra mengerut kan keningnya...ia bertanya, kenapa harith memanggil namanya?. "Ada apa awak?" Tanya adyra.
Harith geleng kepala, ia fikir adyra keluar rumah lagi. Harith duduk disamping adyra. Adyra hanya mampu tersenyum, hari makin hari perangai harith makin pelik.
Harith pandang adyra yang sedang minum susu, harith kerut keningnya. "Sejak bila kau minum susu ni?"
Adyra tergamam, alasan apa aku nak bagi ni?. "Err saya minum je lah susu" Adyra telan air liurnya dengan paksa ketika harith pandang kearahnya.
"Kau bukan tak suka susu ke? Kata nanti minum susu sesak nafas lah, apa lah" Harith tajam kan pandangannya kearah adyra.
Adyra hanya mampu diam. Ia kalah sekarang, harith banyak tahu tentang nya. "Kenapa diam? Alasan apa lagi kau nak bagi nihm?"
Adyra muncung kan bibirnya. Macam tahu tahu je yang dia tengah cari alasan. Adyra minum susu itu semula.
"Sedap ke susu tu?" Tanya harith.
"Hm sedap"
"Susu apa kau minum? Bak sikit"
"Eh tak boleh!" Cegahnya adyra.
Harith kerutkan keningnya. "Apahal? Susu apa kau minum?"
"S-susu tin!. N-nanti awak sakit minum susu murah" Tergagap gagap adyra dibuatnya ketika harith bertanya lagi susu apa yang adyra minum.
Harith tersenyum sinis. "Kau ingat orang kaya macam aku ni tak pernah minum susu murah ke?"
Adyra hanya diam. "Bak sini susu tu"Harith mula ingin ambil susu ditangan adyra.
"Tak boleh!" Adyra bawak lari susu itu. Bukan tak nak bagi tapi ni susu ibu mengandung.
"Woi?!" Harith mula menjerit. Ia tak risau kan kalau adyra tu jatuh sebab berlari. Ia risau kan susu itu kalau tumpah, even susu murah pun beli pakai duit kan?.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
PANG!
"Woi kau asal?" Amyrul pegang dadanya. Gila ke apa si khairul ni? Tutup pintu kuat macam tu sekali.