adyra mikayla- seorang gadis anggun dan menawan, ia tidak suka diatur , ia juga sangat la keras kepala, sehingga lah ia menemui sugar daddy di paris, yang mampu buat jantung dia detak tidak normal, jejaka itu sudah membuatnya jatuh cinta.
harith aim...
PAGI esok pulak, adyra bangun dari katilnya lalu ia hampiri bilik mandi, sudah dua hari ia terlepas solat subuh, adyra mula mengeluh, dua hari sudah ia sakit perut, mungkin bendera jepun nak datang kut?.
setelah selesai mandi adyra hampiri almari lalu ia ambik baju yang ia nak pakai untuk pergi airport, setelah itu adyra hampiri cermin, ia hiasi mukanya dengan sedikit makeup. setelah selesai ia terus ambik beg besarnya dan keluar bilik.
adyra turun bawah dan disambut oleh bibik mah yang ia sudah anggap macam ibu ia sendiri. adyra salam tangan bibik mah lalu ia hampiri harith dan puan aulya yang sudah berada dipintu utama itu.
puan aulya tersenyum manis kearah adyra. "cantik anak mama" adyra hanya tersenyum tanpa menjawab.
"kami pergi dulu ye ma" ucap harith.
seketika senyuman puan aulya pudar, lalu ia pandang harith. "jaga anak mama baik baik" harith angguk kan kepalanya, lalu puan aulya dekat kan wajah ke telinga harith. "ingat plan kita" harith tersenyum tapi ia cepat cepat buat muka dinginnya ketika adyra memerhati kannya dan puan aulya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
harith pandang adyra yang sedang pandang kearah tingkap kapal terbang itu. adyra yang merasa ada yang memerhati itu pun terus pandang.
"apa?"
"abang tu kenapa pandang adyra?"
"bila aku pandang ? aku pandang pandangan kat luar tu, kau tak payah nak perasan sangat" ucapnya. "pandangan luar tu lebih cantik dari kau"
adyra terdiam, tak cantik? tiba tiba ia murung hMz. "yelah adyra tahu adyra tak cantik" kali ni harith pulak terdiam. bukan ia mahu buat adyra itu murung kerna ucapannya, ia cuma tidak mahu yang adyra pandang kearahnya sahaja, nanti mana ia nak letak muka dia ketika adyra tahu yang ia pandang kearah adyra nanti?.
adyra dan harith hanya membisu, harith ingin minta maaf tapi tidak macam mana caranya untuk minta maaf kepadanya. jadi lebih baik ia diam sahaja.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
adyra terdiam ketika ia lihat rumah harith yang begitu besar, dah macam istana sudah ia lihat, adyra pandang harith yang sedang angkat beg adyra dan beg harith.
harith pandang adyra yang masih terdiam disitu. "kau kenapa? masuk lah" harith masuk kedalam, adyra ikut dibelakang harith.
ramai yang sambut harith dan adyra, adyra tak kenal satu pun yang ada didalam rumahni, ia nampak banyak sekali bodyguard dan bibik dalam rumah ni, entah mereka dari orang mana, tapi tengok macam semua dari malaysia.
"welcome back tuan harith" ucap salah satu bodyguard disitu.
harith angguk kan kepalanya. "terima kasih, alex ambik beg saya dengan beg adyra ni, letak kat dalam bilik saya"
tanpa bertanya alex terus ambik beg adyra dan beg tuannya, dia terus menuju kedalam bilik harith.nampaknya bodyguard agak rapat dengan harith, kerna banyak banyak bodyguard kenapa mesti alex yang masuk? bukan yang lain?.
harith tarik tangan adyra supaya badan adyra dan harith bersentuhan. adyra pandang kearah harith, harith tak pandang dia balik, ia focus menatap pebantu dan bodyguard itu.
"saya nak perkenal kan wanita yang berada disebelah saya ni" harith pandang adyra sekilas. "dia adyra mikayla dia anak angkat tuan daus dan puan hanis, jika dia nak sesuatu korang harus bagi faham?!" ucapnya tegas.
"baik tuan harith" ucap mereka serentak.
harith tersenyum tipis. lalu ia menarik adyra untuk menuju kebilik mereka. adyra masih saja diam tanpa bersuara. ia berfikir harith kerja apa? kenapa rumahnya begitu besar?.
setelah sampai disana ada alex yang menunggu dipintu bilik harith. harith dan adyra pun hampiri alex.
"tuan" harith pandang kearah alex.
adyra hanya memerhati mereka berdua yang seolah olah bersembang dimata sahaja. adyra tak tahu apa yang mereka sembang , 30 minit juga lah ia tunggu harith dan alex selesai pandang satu sama lain.
setelah pandang alex terus pergi dari situ, sekarang tinggal harith dan adyra sahaja dipintu bilik harith itu.
"em bilik adyra dekat mana abang?"
"ni" tunjuk biliknya. mata adyra bulat terus.
"ey tak kan tidur sebilik dengan abang? nanti orang kata apa pulak?"
harith tersenyum sinis. "macam tak pernah tidur sebilik dengan aku pulak"
ha mula lah tu, nak ungkit kisah lama pulak jantan ni, ey lah. "d- dulu lain sekarang lain"
harith angkat satu keningnya. "apa yang lain? kau tetap adyra mikayla kan?"
adyra buang nafas dengan kesal. tanpa banyak cakap adyra masuk bilik harith, harith tersenyum dengan kemenangannya. nak melawan je keje kan? sekali ungkit terus diam kau.