kupu-kupu

6 2 0
                                    

terlalu banyak bendera merah pada diriku
aku akui
terlalu banyak khilaf
terlalu banyak najis
kotor, layuh, lintuh
aku akui
aku hanya mampu untuk menetap di dalam buihku sendiri
berdelusi bahawa engkau akan menemani
berimaginasi yang angkau itu serasi
hakikatnya aku hanya bermimpi
di dalam gelembung jahil aku

tidak mengapa aku masih di sini
hanya mampu tersenyum kelat memerhatikan engkau yang indah menata
seperti kupu-kupu cantik bersayap molek terbang dengan gembira

tidak mengapa jika semakin hari
keberadaan aku menyukarkan engkau untuk mengangkasa biarlah aku kembali ke tempatku
melihat dari situ tanpa menganggu

ya , sekian curhat tika ini
aku ini hanyalah budak jahil nakal
yang jauh dari tuhan
tetapi mendambakan syurga penuh keindahan

MaTiWhere stories live. Discover now