yeh (ii)

4 1 0
                                    

-don't cheat on your barber-

frasa umum bagi semua laki-laki yang tahu.
begitu juga aku.
yeh bagiku bukanlah hanya seorang teman yang mahir dalam memotong rambut.
dia lebih dari itu.
mindanya terbuka luas seperti mahsyar.
ideologi nya cegak disebalik ketenangan tutur katanya.
salute kepada ibubapa nya yang telah berjaya dengan jayanya dalam menanam doktrin yang sangat nirmala kedalam minda disebalik rambut keriting nya itu.
berkomunikasi dengan yeh seumpama menghadiri kelas terapi dimana aku bebas untuk bercerita tentang apa sahaja.
dia takkan judge.
dia cuba membantu mana yang mampu.
pendapat yeh juga jitu.

apabila aku berjumpa dengannya, aku bukan sahaja memotong rambut, aku juga membunuh perkara-perkara sial yang berada di dalam kepalaku.
aku menghunus pisau untuk menikam,
yeh sebagai kiai,
yang membimbing aku untuk kembali ke alam sedar.

terima kasih tuhan,
kau hadirkan-ku teman yang baik-baik

MaTiWhere stories live. Discover now