hati atau arang?

1 0 0
                                    

Aku kian kosong,
sumpahan tuhan itu benar lagi membenarkan,
jangan sesekali kau ragu,
aku bersyukur kerana aku masih sedar bahawa dia sedang menyapa aku,
menjentik hati aku yang telah keras juga arang,
hasil noda dan dosa,
dan apa yang paling hina lagi adalah
aku sedar akan  perbuatan itu namun aku hanya biarkan ianya berlalu pergi seperti sungai yang mengalir,
barangkali air sungai itu juga menari-nari bermakna,
barangkali ia sedang mengeletek menitipkan nasihat buat si batu yang kekerasan raganya,
jiwa nya kita tidak tahu pula bagaimana,
tidak mungkin sama seperti aku kerana memang sifat penciptaan nya begitu,
aku lebih hina,
aku lebih jauh,
aku lebih lupa,
aku lebih dosa,
aku lebih noda,
aku lebih jatuh,
aku lebih sempit,
lebih hilang lebih dalam lebih kelam,
aku lebih kosong,

Tuhan,
Tolong tarik aku kembali,
aku rindu rahmat-mu,
noktah.

MaTiWhere stories live. Discover now