aku sedang duduk di atas kerusi sambil-sambil rambutku dipotong sehelai demi sehelai oleh yeh.
" Dalam dunia ini kita takkan lari dengan pilihan, antara dua pilihan, walau macam mana pun kita kena pilih jugak supaya kita boleh kedepan, kalau kita tak pilih, sampai bila-bila kita akan tersekat kat situ.""Tapi macam mana kita nak tau yang kita punya pilihan tu betul?" aku bertanya.
"pilihan ni sebenar nya takde yang betul takde yang salah, once kita dah pilih, kita akan hadap semua consequences berdasarkan pilihan kita, semuanya atas kita"
"dengan apa yang kita pilih, dekat situ kita akan belajar macam-macam, dekat situ kita akan tahu nilai diri kita,kita ni siapa."
"Tapi yeh.. aku ni siapa je yeh, aku biasa biasa je"
"kau adalah zariph, kau perlu embrace diri kau, kau kena bersyukur"
mendengar kata-kata yeh pada ketika itu, aku serasa tenang, mindaku terbuka, segala mendung awan keserabutan dalam kepalaku pada ketika itu sirna seperti matahari cerah yang muncul selepas hujan lebat. Serasa semangatku yang kian terkambus dengan gumpalan-gumpalan tanah kotor itu kembali terbit.
terima kasih yeh sebab percaya aku.