resepi menjadi soljapena

5 1 0
                                    

setiap penulis pasti menerima suatu soalan ini,
soalan cliché bagi kita tapi tidak bagi mereka,
kerana mereka tidak tahu dan mereka mahu tahu dari mana kita terima kelewahan ni.

ya, bagi mereka ini merupakan suatu lewah kerana dapat mengarang menari bersama kata-kata yang dihimpunkan menjadi suatu kisah atau coretan.

"macam mana kau menulis do,?"
jadi sebagai penulis, apa jawapan yang kamu orang beri?

setiap kali soalan ini terluncur pasti nya aku serasa tersentak semacam direntap oleh satu tangan gergasi yang menarik kolar leher aku dengan laju sehinggakan mahu berasa terkejut juga tidak sempat.

jadi apa jawapan nya?

menulis ini seperti berkomunikasi.
akan tetapi mulut kita itu bukan di mulut.
mulut kita tika sedang menulis itu terletak di hati.
dan si mustamik pada tika itu adalah daluang.
lagi banyak yang dihadap lagi banyak yang dapat dicoret, lagi banyak yang disimpan lagi banyak yang keluar.
bersimbiosis menjadi kata-kata magis.

tapi itu bergantung lah,
mereka mereka, aku aku

MaTiWhere stories live. Discover now