Kosong

2 0 0
                                    

segalanya kosong
perilaku ku kian serong
dari luar mahupun dalam
umpama mayat hidup?
yang mana roh nya sudah menerawang entah kemana
yang tinggal hanya jasad yang bermundar-mandir mencari arah cahaya

tidak,
malah aku lebih sesat
kerana aku sedang hilang
dari luar mahupun dalam
terkapai-kapai di dalam lingkaran masa
kitaran kehidupan
hanyut terkadang lemas
semakin lama semakin sukar untuk timbul ke permukaan

tika ini,
dengan perlahan-lahan
aku sedang tenggelam
hanya menunggu masa untuk mencecah dasar,
mati jiwa.

tuhan,
aku mahu timbul
aku mahu menikmati cahaya-mu
sinarilah aku
sirami aku dengan limpahan kasih
aku mahu seperti dulu
noktah.

MaTiWhere stories live. Discover now