Menulis itu seni
Menulis itu terapi
Menulis itu bukan jari akan tetapi hati
yang menangisi
yang menempuhi
yang merasai
yang menyakiti dan disakiti atau tersakiti
-
Aku suka menulis kerana itu merupakan puncak titik ketulusan yang tampil dari atma sendiri.
Kau akan tahu siapa yang mendengar bisikan itu kerana ianya tidak disampaikan melewati spektrum lafaz dan tidak akan didengari oleh telinga mereka.
Bisikan itu akan terus menyusup mengetuk mantik dan jiwa yang ada; yang mahu ada.Tanpa dapat mereka sempat menghukum zahir
juga tidak perlu menghakim siapa yang sedang berkata.
Kerna aku jelas lebih bobrok di luar.
Tidak layak untuk bersemuka; jelik