Sentuh

17 2 1
                                    

semakin aku menginjak dewasa
semakin aku sedar yang aku perlu manfaatkan
pancaindera kurniaan sang Qudsi dengan sebaiknya
ya, deria sentuh

selagi masih ada aku akan membiarkan epidermis ku hangat dengan sentuhan sayang aku
terhadap umi
terhadap opah
terhadap atok
terhadap abah
terhadap adik"

walaupun berkali-kali umi menepis rimas sambil tersenyum aku tetap tak serik memeluk tubuh umi;
manja

walaupun dituduh ada udang disebalik batu cuba meminta restu daripada opah aku juga tak kesah kerana opah juga adalah emak bagiku;
bahagia

walaupun tidak semesra umi dan opah,
aku tetap menikmati pelukan kucupan dan salam daripada abah dan atok
aku tahu mereka juga mendambakan kasih sayang dan kemesraan seperti mana yang aku lakukan pada opah dan umi cuma mereka lebih cekap dalam menyelindungkan keinginan dibalik topeng wajah mereka yang selamba dan tegas itu.
tidak mengapa aku faham.

Tuhan, panjangkanlah umur mereka supaya aku dapat menikmati lagi masa yang ada untuk memanfaatkan pancaindera ku..

tempatkan lah kami kawasan yang khas supaya kami dapat berjumpa dan bermesra selamanya di syurga nanti....

aku kecanduan..
aku kerinduan..

MaTiWhere stories live. Discover now