seharian di dalam kamar
dari pagi ke pagi
dari tujuh ke tujuh
adakah aku sedang berehat ingin melepaskan penat
atau sedang berkurung murung dan depresi?
aku juga tidak tahu
aku tidak pandai untuk mengklasifikasikannya sebagai apatiada rasa untuk berinteraksi
tiada semangat untuk berkomunikasi
lebih memilih untuk bersendiri
di dalam kamar sepi inijujur hati ini masih lagi terpaut pada sunti seorang ini
akan tetapi segala yang diingini sudah jelas dijelasi
aku perlu pulih agar aku tidak berlaku kejam pada yang selepas-selepas ini
kerana yang sedang menanti aku ini tulus dan aku hargai
tidak mahu hatinya dipatahi oleh kelemahan aku sendiri