cikgu aku pernah berkata,
ketika aku sedang menuntut ilmu bunga-bunga kata juga seni aksara,
"orang pertama yang merosakkan kita adalah ibu bapa "kenyataan itu berat,
terkadang pahit untuk mengangguk
tiada rasa untuk menggeleng
takkan mahu menyorok di balik hakikat?
mengakuri mengakui membiarkan ia meresapi
ke dalam rongga
memahat fakta di dalam mindaakan tetapi,
mereka juga manusia
kita juga insan
tidak maksum dari kesalahan
itulah kenyataan