CHAPTER 19: URGENT

2.4K 68 1
                                    

Menginjak pukul 12:30 pagi ,Panggilan telefon pejabat kerap berbunyi.Mula mula pada sektor pertahanan.Kemudian bergerak kepada pejabat keselamatan.Suasana office lain daripada hari biasa apabila menerima berita terkini yang dilaporkan oleh beberapa pegawai pada pagi tadi.

"Tuan!"seorang pegawai melaporkan diri.

"Ya Haydar.Ada perkembangan terbaru?"

Haydar selaku ketua dalam bidang institut pertahanan negara menghulurkan beberapa dokumen kepada Mejar Hassan.

"menurut laporan,suspek sedang cuba melakukan aktiviti menyeludup di bahagian pantai timur.Kes Pemerdagangan orang tuan"Mejar Hassan terdiam seketika.

"mangsa yang terlibat?"

"baru baru ini beberapa orang mangsa ada melakukan cubaan melarikan diri,tetapi menemui jalan buntu.Kami jumpa mayat mereka di dalam sungai tuan.Menurut laporan, kehilangan penduduk awam lebih kurang 30% dilaporkan baru baru ini,namun hanya 5% yang dijumpai mati terbengkalai di beberapa tempat.Selebihnya hilang daripada radar.Kami syak mereka telah dibawa lari ke luar negara tuan"

Parah.Kurang daripada separuh yang berjaya ditemui.Itupun dalam keadaan sudah tidak bernyawa.

"Maklumkan pada leftenan Harris.Dia perlu lapor diri malam ni juga"

"baik tuan!"

🐺

Harris pov

Nada berdering daripada telefon menganggu lenaku.Tangan yang elok memeluk pinggang si isteri dialihkan lalu mencapai telefon yang berada di meja lampu tidur.

Ruangan nama yang sedang mendail dilihat.

'Haydar'

Keningku bertaut seketika.Haydar?Dah lama dia tak call atau contact aku.

serentak itu kepala Mayra yang berlapikkan lenganku diangkat perlahan lalu didaratkan di atas bantal.Penuh cermat.Taknak ganggu waktu tidurnya.

Kaki pula berjalan melangkah menuju ke luar bilik.Barula aku rasa bebas untuk mengangkat panggilan.

"helo"

...........

Nafas berat dihembus perlahan.Tak sangka pulak ada urgent case malam ni.Kaki menapak masuk semula ke dalam bilik.Dengan penuh berhati hati,wardrobe dituju lalu uniform yang telah digosok diambil.

Selesai memakai uniform yang lengkap,kaki menuju ke birai katil dimana isterinya sedang lena dibuai mimpi.

Comforter kelabu dinaikkan sehingga ke paras dada lalu helaian rambut yang jatuh menutupi mukanya diselit ke belakang telinga.

"Im sorry sweetheart.I need to go right now due to urgent case."bisikku perlahan sambil mengusap wajahnya.

"I promise, I ll back after settle up all of this"dahinya aku kucup lama sebelum bibirku dibawa mendarat pada bibirnya.Bibirku mengukir senyuman.

"Sleep tight dear"selesai mengusap kepalanya aku mengambil segala barangan keperluan lalu menapak keluar daripada bilik.Di dalam kepala masih memikirkan perkara yang baru dimaklumkan oleh Haydar beberapa minit yang lepas.

Tidak menunggu lama,enjin kereta dihidupkan kemudian pedal minyak ditekan menjauhi kawasan perkarangan.

"Monkey,watch her"arahku pada seseorang yang disambung menerusi talian.

HARRIS XAVIER'S SWEETHEARTWhere stories live. Discover now