Setiap sudut rumah dikunjungi.Pen pula galak menulis anggaran ukuran bagi membuat bajet jumlah batu bata yang diperlukan bagi membaiki struktur rumah yang kelihatan terlalu usang.
"Assalamualaikum"sapa seseorang dari belakang.
Harris pov
"Waalaikumussalam"tubuh dipusing melihat figura yang baru tiba.
Terasa seluruh saraf seperti mengejang.Kehadiran orang yang sudah lama menjadi sejarah perit dalam hidup.
"Hai Harris.."sapa Hazra.
"Kau buat apa datang sini"takde angin takde ribut,tiba tiba perempuan ni datang sini.
"Saya nak cakap dengan awak sekejap boleh?"aku mendecit sinis.
"Apa lagi yang kau nak daripada aku Yana?"tak cukup ke dari dulu kerjanya asyik nak menyusahkan aku.
Ya.Yana.Hazra Ayana.Nickname yang menjadi special dan khas untuk aku.Tapi tu dulu.Dimana kisah cinta pertama aku berjaya dipetik oleh seorang gadis ayu yang satu satunya boleh bertakhta di hati aku.
"Harris, saya..saya nak minta maaf"ujar Hazra beriya namun matanya masih mengharapkan sesuatu.
"too late Yana.Kau dah sakitkan hati aku,lepastu dah genap 2 tahun baru kau nak merayu minta maaf dengan aku?Tch.."tangan dibawa berpeluk tubuh.Langsung tidak termakan dengan kata katanya.
"Ye saya tau saya salah.Sebab tu saya datang nak minta maaf.Banyak salah saya dekat awak.Dah lama saya nak jumpa awak,tapi saya tak tau nak cari awak dekat mana.Tambah lagi Shahrul asyik kongkong hidup saya"kendur sahaja suaranya.
"bagusla kalau kau dah sedar."Hazra menunduk kesal.Matanya dipejam erat apabila kena menghadap perangai Harris yang 100% sudah membenci dirinya.
"Maafkan saya Harris.Saya bukannya sengaja buat awak macam tu.."
"Tak sengaja kau cakap?Sudahla Yana.Aku malas nak mengungkit cerita lama.Kau pun dah ada suami,aku pun dah ada isteri.Masing masing tahu tanggungjawab sendiri macam mana kan?"malas mahu berbalah lagi aku berjalan menjauhi dirinya.
"Harris nanti!Harris!"laung Hazra dari belakang malah kakinya turut mengikut jejakku.
"Balikla Yana..tak elok kau datang sini semata mata nak jumpa aku"balasku tegas.
"Kanser!"
apa?
tiba tiba terasa berat pula ingin melangkah.
"Saya tak jadi kahwin dengan awak sebab saya menghidap kanser stage 2 waktu tu Harris."
Apa maksud dia ni?Dia..ada kanser?!
"Ya,saya cintakan awak sepenuh hati saya.Tapi saya tak mampu nak beri nilai kebahagiaan dalm hubungan kita sebab saya taknak awak menderita"
"Kau merepek apa ni"dahiku berkerut.
"Saya ada kanser and risiko besar dia akan effect kandungan saya.Saya tak boleh lahirkan zuriat awak,jadinya saya fikir lebih baik kalau saya beri peluang awak kahwin dengan perempuan yang lebih layak dan berkemampuan untuk memenuhi kehendak awak sebagai seorang suami dan ayah.Itu je sebabnya,bukannya saya sengaja nak mempermainkan awak"terang Hazra panjang lebar.
"Enough Yana.Dah berapa banyak rahsia yang kau cuba sembunyikan daripada aku selama ni?"penat.Sakit.Entah kenapa aku rasa tak sedap hati pulak bila dia baru cakap tentang status diri dia yang berpenyakit sebelum ni.
Kaki berjalan laju masuk ke dalam rumah.Yana aku biarkan dia terkebil kebil dekat luar.Makin lama makin menyampah aku tengok muka dia.Maaf Yana.Hati aku memang dah buang kau jauh jauh dan aku dah ada penggantinya pun.Getback?Never and never.
"Harriss!!!Tolong saya!"suara tu!
Jantung berdegup laju begitu juga dengan otak.Macam mana aku boleh terleka!Kaki berlari laju menuju ke bilik yang menempatkan Mayra.
"Sayang?!Sayang bukak pintu ni!"badanku galak menghentak pintu kayu itu dengan kuat.Aish bukaklah!Sakit dibiarkan yang penting isterinya tidak apa apa!
Buk Buk Buk!
Akhirnya pintu itu terbuka namun jantungku seolah terhenti apabila melihat Mayra sudah berdiri di hujung sudut katil sambil menangis.
"Awak!Tsk..tsk..ada kucing nak datang dekat sayaaa huwaa.."aku mengeluh nafas lega.Ingatkan apala tadi.Kucing bewarna oren aku lihat yang sedang memerhati Mayra dari atas kerusi.Ouhh berani kucing jantan ni nak mengusha isteri aku ye.
"Awakkkkk ambikla diaa tsk"kepala digeleng perlahan.Setakat kucing je kot.Aku punyala beriya ingat ada perompak mana yang pecah masuk tadi.
"bobby..bobby..kau rupanya yang kacau bini aku eaa"kaki berjalan menuju ke arahnya.
Tak mengejut,dengan perlahan lahan aku angkatnya lalu dibawa masuk ke dalam dukungan.Tangan kanan galak membelai bulunya yang lebat.
"Dah turun.Bahaya berdiri atas katil macam tu"tegurku.Mayra pada mulanya kelihatan teragak agak lalu dirinya akur juga.
"Kucing awak ke?"aku tersenyum lalu mengangguk.
"Bestie aku dulu,mungkin dia pelik ada orang lain yang duduk dekat katil ni selain aku.Tu yang dia pandang kau semacam tu"terangku.Kawan yang berada disaat kugembira dan berduka.Akhirnya aku berjalan menuju ke pintu lalu bobby aku letakkan di bawah.
"bobby,lepasni jangan masuk bilik ni kalau papa takde okay?faham tak ni?high five sikit"
"meoww"bibir mengukir senyuman tipis lalu tanganku naik mengusap bulunya.Comel.Aku bangun dari mecangkung lalu pintu bilik ditutup rapat.
Mayra pov
Papa?
"kau dah makan?"soal Harris lalu turut duduk di birai katil bersebelahan denganku.
Aku menggeleng perlahan.
"saya tunggu awak.."balasku.Tak de selera nak makan sorang sorang.Kebetulan Nek Ma dengan Tok Wan pulak pergi kebun.Asalnya aku nak ikut tapi dihalang keras dengan Nek Ma.Katanya kat sana banyak nyamuk.
"Cepat pergi bersiap.Kita makan kat luar"ajak Harris sambil melabuhkan tubuhnya di atas katil.Macam penat je.
"Makan kat luar?"
"Haah.Kau tak teringin nak jalan jalan dekat kampung ni ke?"
Jalan jalan?!!Wahhhh mestila nakkk!
"Nak nakkk!"Harris mengangguk lalu mengulang arahannya utk menyuruh aku bersiap.Aku hanya akur.Dapatla jugak jalan jalan tengok view kawasan kampung ni kan.
🐺
"Bila dia nak balik sini?"soal Amalyn yang masih berpakaian kot lengkap.Muka sudah berkerut seribu menahan amarah.
"Saya tak sure la Cik.Mejar Hassan tak ada bagitau saya apa apa pulak pasal tu"Amalyn meraup rambutnya.
"Dia tau tak yang sekarang ni kita ada mission penting?!Apala yang susah sangat nak angkat call ni."Marah amalyn terhadap perangai salah seorang rakan sekerjanya yang tidak memberikan sebarang respons.
'Ni mesti dia mintak cuti sebab nak berkepit lama lama dengan perempuan tu.Hisy!'
"Malyn..kau rilek je boleh tak.Bukannya dia tak bagi backup plan dekat kita if anything happen pun kan?Kau nak kabot sangat dah kenapa?Angau pulak ke dengan bos kau tu"
tegur Daniel yang agak rimas melihat Amalyn yg dri tadi asyik membebel tak habis habis.Kalau aku pun,aku chau dulu if jumpa org cenni.
"He's my partner okay"
"Kalau partner kau pun, pangkat dia lagi tinggi daripada pangkat kau.You should respect his decision bukannya membebel macam ni"Amalyn menjeling.Kakinya laju melangkah keluar daripada bilik.
Haih..susah jugak satu kumpulan dengan orang cerewet ni.
![](https://img.wattpad.com/cover/339404037-288-k640125.jpg)
YOU ARE READING
HARRIS XAVIER'S SWEETHEART
Romance"Lemah!Kalau kau terus kekalkan standard latihan macam ni,aku terpaksa ambil tindakan " - Harris "Awak jangan cabar saya,leftenan Harris" - Mayra ~ "Kalau saya dalam bahaya sekalipun ,awak memang akan datang cari saya juga kan?"-Mayra Harris melucu...