Setelah berperang dengan makanan,akhirnya aku tewas.Perut aku dh cukup penuh nak muatkan 100 jenis makanan dekat sini.Disebabkan marah,aku makan.Stress pun makan.Macam mana tak gemuk.
Aku duduk di kerusi yang disediakan disetiap sudut dewan.Entahla,rasa macam kaki kejang pulak.Mungkin berdiri lama sangat sebab nak beratur amik makanan?Atau makan banyak sangat?Entahla malas nak amik tau.
Tengah aku kyusyuk melihat para tetamu jemputan yang turut diundang ke dalam majlis,baru aku perasan sesuatu.Aku sorang je ke yang pakai tudung?Wah..terasa macam perempuan melayu terakhir Hoho kembang jap.Tadela gurau je.Aku rasa event ni memang peringkat international,sebab tu macam macam jenis muka aku jumpa.
"Hai"tegur seorang wanita yang kelihatan seperti warga Amerika.
aku senyum kecil sambil melambai ke arahnya.
"Are you malaysian?"soalnya.Tidak tunggu lama aku mengangguk laju.
"Seriously?!Finally I can meet a local guest .I tought all the guest are foreign"tuturnya gembira.
"Ah..let me introduce you.This is Alex, my assistant and im Natalia from Italy"Riak wajahku terus berubah.Omagad cakap dengan mek italy mat.Bukan selaluuu
"Mayra Adelia"huluran tangan Natalia aku sambut lalu kami berjabat tangan sebagai tanda sesi perkenalan.
"Wait..you are..Mayra?!"aku terkaku seketika.Ye nama akula Mayra.Kenapa diorang yang terkejut sangat ni.
Aku melihat mereka berdua saling berpandangan.Apa?Lapuk sangat ke nama aku tu?
Tiba tiba pergelangan tanganku ditarik sedikit kuat olehnya.Cermin mata hitamnya dilucutkan sepenuhnya.
"M..Madam!"Huh?
Entah macam mana daripada diorang ni berdiri terus kedua duanya duduk melutut dihadapanku.Serentak!
"Ehh err..what re you guys doing?Stand up"arahku sambil mata melilau melihat sekeliling gusar sekiranya ada yang melihat.
"Mana madam hilang selama ni?Puas kami cari"kejap.Reti cakap melayu rupanya diorang ni.Jenuh aku berspeaking tadi tau.Tapi..madam?
"Err..awak kenal saya ke?Maafla tapi kat mana ya kita pernah berjumpa?"kataku jujur.Tubuhnya yang berada di bawah aku angkat untuk berdiri seperti biasa semula.Taknakla timbul isu macam aku membuli diorang nanti.
"Madam tak kenal kami?Tsk..sampai hati.Orang paling penting dalam kerja kita pun madam tak ingat apatah lagi yang lain"tutur Natalia lalu menghamburkan tangisannya di bahu Alex.
Aku pulak macam tercengang.Apa benda ni..Aku ada buat salah apa apa ke?
"Jadinya berita pasal madam lost memory tu bukan fake la kan?"sampuk Alex pula.
Tolongla.Aku tak kenal tau,korang ni siapa.Pleasela..
"Madam...tuan Harris mana?"soal Natalia tiba tiba
"err..dia..dengan..kawan dia..kot.."padahal tengah sibuk berkepit dengan isteri baru dia tu.Hurh
"Ok good.Alex,call pengkalan cakap yang kita dah jumpa madam."Alex mengangguk lalu dengan pantas mendail seseorang menggunakan telefon pintarnya.
"Madam,we need you so much.Company kita tengah ada masalah due to Blacky case yang makin memporak perandakan keselamatan orang awam.Kami tak boleh nak ambil sebarang tindakan sekiranya tidak mendapat pengesahan daripada madam sendiri.Pleasee,follow us back?"rayu Natalia sambil matanya mengharapkan yang aku akan setuju.
Sebenarnya..aku tak beberapa faham sangat ni.Tapi kenapa bila dia ada cakap certain thing aku dapat rasakan yang aku pernah handle benda ni suatu masa dulu?
![](https://img.wattpad.com/cover/339404037-288-k640125.jpg)
YOU ARE READING
HARRIS XAVIER'S SWEETHEART
Romance"Lemah!Kalau kau terus kekalkan standard latihan macam ni,aku terpaksa ambil tindakan " - Harris "Awak jangan cabar saya,leftenan Harris" - Mayra ~ "Kalau saya dalam bahaya sekalipun ,awak memang akan datang cari saya juga kan?"-Mayra Harris melucu...