CHAPTER 29: MEMORY

2.4K 61 0
                                    

Buat kali kedua,dirinya menerima berita buruk daripada keadaan isterinya.Jikalau dahulu,isterinya pernah lemas di dalam kolam sehingga tidak menyedarkan diri untuk beberapa minggu,mungkin ujian yang diturunkan oleh Allah kepadanya kalini lebih besar kesannya berbanding sebelum ini.

Bila dapat tau isterinya kemalangan,perasaan serba salah dan menyesal mula membelenggu dirinya.Ditambah lagi dengan ujian yang agak berat untuk dihadap pada hambanya,Mayra disahkan dimana dirinya hilang ingatan dan ditambah dengan keadaannya yang mengalami tekanan darah rendah,makin menipiskan kadar penyembuhan untuk sihat seperti sediakala.

Gugur hatinya bila mendapati dirinya langsung tidak dikenali oleh si isteri yang berjaya mencuri hatinya selama ini.

Namun,walaupun ujian ini berat untuk dipikul,masih terlihat sinar harapan apabila doktor turut mengesahkan dimana Mayra mengandungkan zuriatnya selama sebulan  termasuk hari dimana Mayra koma selepas kemalangan tersebut.Mungkin,inilah masanya untuk dirinya meluangkan sepenuh masanya bersama sama dengan isteri tersayang dengan rezeki anak mereka yang masih hidup di dalam kandungan.

Hari ini,genap 3 minggu Mayra berada di hospital setelah dirinya kembali sedar seminggu yang lepas.Masa berlalu.Detik berlalu.Namun hatinya tidak pernah untuk berlalu memberi laluan kepada orang lain melainkan cinta hatinya yang telah tertulis di suratan takdir.

Harris pov

Pintu wad dibuka perlahan lalu figura Mayra yang sedang mengunyah sesuatu aku tuju.

"Snacks again?"soalku sambil merampas jajan kerepek yang berada di tangannya.

"Hey!Awak lagi?!Siapa benarkan awak masuk dalam wad saya ni?!"marahnya sambil cuba mencapai snek daripadaku.

"Kau asyik nak makan benda alah ni kenapa?Bilanya nak sembuh kalau hari hari makan makanan tak berkhasiat macam ni?"kini giliranku pula untuk bercekak pinggang.

"Tak ada kaitan dengan awak pun kan?Bagila baliiiik!Dahla suka terjah masuk wad orang perempuan!Adab mana adab?Dah tak reti malu ke apa?Apa punya perangaila lelaki macam ni"

Tak pasal pasal aku kena sound dengan bini aku on the spot macam tu je ye.

"Hey budak.Kau dengar sini ea.Kau tak payahla nak berceramah lepastu nak memalukan aku dekat sini.Bukannya aku buat benda haram pun.Jumpa wife sendiri je apa masalahnya?"bentakku kasar.Muka Mayra terserlah sedang menahan geram dengan bebelan aku.HAHA

"Ha tengok tu tengok.Tak habis habis mengaku yang saya ni wife awak.Awak ni gila ea?Bila masa pulak saya berkahwin?Calon pun tak ada,tup tup dah ada suami?Memang takla.Dahla tak hensem,sibuk nak mengaku suami orang.Kalau sado macam Zulu Ariff takpela jugak."Mayra mencebik lalu mengendahkan diriku seperti tunggul kayu.

"Hey,aku hensem apa.Nak dibandingkan dengan dia tu,memang kalahla dengan aku.Kau budak hingusan apa je tau."balasku tidak puas hati.

"Budak hingusan?Hello?Air liur awak yang percik percik dekat saya ni tak kesah pulak?"ewah ewah manisnya mulut kak.

serentak itu juga kedua mertuaku datang memasuki bilik wad yang menempatkan anaknya.

"Harris?Mayra?"tegur mummy dari belakang.Mayra yang melihat kehadiran mereka sudah tersengih sengih.Ingat dia dah menang?

"kenapa ni?Kecoh je daddy dengar dari luar?"soal bapa mertuaku gusar.Mataku pula sudah tertancap pada Mayra yang galak menjelirkan lidah mengejek

"Daddy,this guy langsung tak ada adab.Pakai suka dia je rampas makanan orang.Dahla masuk bilik adik suka hati.Salam tak ada,ketuk pintu lagila tak payah cakap.Kalau adik tengah salin baju tadi macam mana"Mayra menarik narik baju daddynya sambil cuba meraih simpati.Bertuah punya bini.Dia tak sedar suami dia dekat sini

"Apa susah?Dapatla aku free show pagi pagi macam ni"kataku selamba.Sebenarnya aku tak puas hati lagi ni.Tangan dibawa memeluk tubuh lalu badan disandarkan di dinding sambil mata merenung tajam ke arah si DIA.Aku ulang.SI DIA.Dahlah tak ingat aku.Orang lain boleh pulak dia ingat.

"daddy!!"ha mulalatu.Nak merengek tak habis habis.

"Haish kamu ni.Sudah sudah,harini adik dah boleh discharge kan?Haa boleh dahla kemas barang barang ni"

"Woahh seriously daddy?"

🐺

Mayra terkaku keras dan berdiri tegak seperti tunggul dihadapan rumah agam yang kelihatan agak besar dihadapannya.

"NI BUKAN RUMAH SAYA!"marah Mayra.Kakinya dihentak hentak kerana jelas tertipu dengan tipu daya syaitan.Eh bukan syaitan.Harris!

"Aku tak cakap pun nak hantar kau balik rumah"pendek.Jelas.Dan ringkas.

"Dahtu?!Kenapa awak bawak saya datang sini?"soal Mayra bengang.

"Aii...kau tak ingat?Daddy kau jugak yang suruh aku jagakan kau sementara diorang ada outsation bulan ni kan?"sebenarnya plan asal dia lain tapi takpela.Tipu sunat.

"Hurh,,Whatever!"terus sahaja kakinya laju melangkah masuk ke dalam rumah milikku.I mean milik kami bersama.Cumanya,aku perlu bina semula hubungan yang sudah lama berakhir semenjak dirinya langsung tidak berjaya mengingati diriku.

Eh budak ni.Boleh dia tinggalkan beg beg dia kat sini je?Kurang asam loh

"Woi!Beg kau yang banyak banyak ni siapa nak bawak?"gertakku

"Awakla!"jeritnya dari dalam rumah.Aku berdecit namun pada masa yang sama aku ketawa kecil.

Aku saje je nak bergurau.Memang takla aku nak suruh dia angkat barang barang berat tu.

Beg segala beg aku angkut.Dah kalau nama perempuan.Mana cukup satu beg.

Baru sahaja kaki aku ingin melangkah masuk,aku melihat Mayra yang terpacak berhadapan dengan frame gambar di ruang tamu.

Gambar kahwin kami.

"shit"

aku berjalan mendekatinya lalu beg yang aku pikul dilletakkan di atas sofa.

"K..kenapa perempuan yang ada dalam gambar ni macam m..muka saya?"soal Mayra gelisah.Wajahnya sudah dihadapkan berhadapan denganku meminta penjelasan.

"Lambat laun kau akan ingat satu hari nanti Mayra.."kataku pendek.Tak tau dah nak cakap apa.Nak tipu pun tak boleh.Kang jadi drama macam dalam novel lain pulak kang susah.

"b..betul ke awak suami saya?"soalnya lagi.Namun persoalan ini aku hanya biarkan.Apa gunanya aku mengaku kalau dia masih taknak percaya.

"Depends on you Mayra.Aku nak naik dulu.Nanti masuk bilik master bedroom pintu colour putih"kaki menapak menuju ke ruangan bilik yang dibuat khas untuk diriku sekiranya aku ingin bersendirian.

Penat kot.

HARRIS XAVIER'S SWEETHEARTWhere stories live. Discover now