CHAPTER 37 : OLD FRIEND

2.2K 52 1
                                    

No one pov

Tidur Mayra terasa diganggu apabila dirinya dapat merasakan hembusan nafas milik seseorang yang tepat mengenai cuping telinganya.

Mata dicelik kecil.Terserlah wajah Harris yang sedang lena berhadapan dengannya.Baru Mayra perasan yang jarak antara mereka sangatlah dekat.Pinggangnya pun terasa dipeluk oleh tangan kekar milik Harris.Risau isterinya jatuh ke bawah agaknya.Yela,katil single je awaknya.

Iris mata bergerak melihat ke arah jam yang elok tergantung di dinding

Mayra's pov

5 petang?!

Astaghfirullah.Lena sangat aku tidur ni.Entah bila aku terlelap pun aku tak tau.Sampai sini tadi pun tengah hari.Bila Harris ajak masuk bilik pun aku rasa aku masih sedar lagi.Ni tau tau dah terlajak tidur.

Dada Harris yang tidak berpakaian itu aku tepuk perlahan.Niat nak kejutkan je ea.Bukan nak usha.Ni mesti dia panas ni sampaikan baju pun dah hilang entah ke mana.Padahal ada je kipas ni.

"awak..awak.."kejutku perlahan.

Aku ingat aku usik dia sikit dah mencelikla.Ini sama je.Mesti penat memandu dari tadi tak hilang lagi ni.Takpelah.Tangannya aku alihkan perlahan lahan.Kejap lagila aku kejut.Kesian pulak nampak muka dia letih semacam.

Usai turun dari katil,kaki menapak keluar daripada bilik.Itupun dalam usaha untuk tidak mengeluarkan sebarang bunyi.

Langkah sahaja kaki menuju ke ruang tamu,aku lihat Nek Ma tiada disitu.Waktu jenguk dalam bilik pun kelibat Nek Ma tiada.Aik,pergi mana pulak neneknya ini.

Terdetik di hati untuk menjenguk keberadaan Nek Ma di luar tingkap.Dan seolah olah naluri hati ini boleh membaca fikiran aku like sync gitu.Rupa-rupanya Nek Ma tengah menyiram pokok di halaman rumah.

Aku apa lagi,terus aku keluar lalu menyarung selipar berlari menuju ke arahnya.Tak ada husband nak usik jom kita kacau orang lain!Huehuehue

"Nek Ma!!"jeritku dari jauh.

"Eh Ya Allah bertuah punya cucu,,jangan lariii"balas Nek Ma risau.Aku tergelak kecil sambil memperlahankan kelajuan kakiku.

"Haih kamu ni.Dah berbadan dua pun masih nak berlari.Risau Nek Ma dibuatnya tau.Kalau jatuh tadi macam mana?"haa amek ko kena bebel.

"Erkk..alhamdulillah setakat ni tak jatuh lagi hehe"aku membuat thumbs up sambil mengukir sengihan lebar.

Nek Ma hanya menggeleng melihat perangai aku yg tidak semenggah itu.

"Nek Ma,Mayra nak tanya sikit boleh?"soalku tiba tiba.Sambil sambil tu jari berpintal dengan baju.

"Ye Mayra..tanya apa tu?"

"Err..tok wan dekat mana ea?Mayra tak nampak pulak tok wan dari tadi"

Nek Ma tertawa halus lalu berjalan menuju ke pokok bunga raya yang bersebelahan dengan pokok bunga kertas.

"Tok Wan adaa balik kejap tadi.Tapi kamu berdua terlelap pulak dekat bilik.Ni tok wan pergi ke dusun tengok buah kejap"aku tersengih seperti kerang busuk.Alamak,patutla tak nampak.Sebab aku tidur rupanya.

"Ni..dengar cerita yang Aris ada nak bawak kamu pergi honeymoon minggu depan betul ke?"

Eh?!Honeymoon?Bila pulaknya?Dia takde pulak bincang apa apa dengan aku.

"Kalau Nek Ma tanya apa apa, kau iyakan aje.Okay?"

"Errr..Ha..haah!B..betulla tu..Haha"

Ha Ha Ha

Apa benda aku buat ni miska.Macam tak betul je.Lantakla nyah.Harris yang suruh aku buat macam tu.Apa nak jadi jadila.Aku ikutkan je

HARRIS XAVIER'S SWEETHEARTWhere stories live. Discover now