TENGKU HAKIMI sedang leka meneliti fail-fail Syarikat Seri Nilam Corporation bila interkomnya tiba-tiba berbunyi. Dia terus menekan punat. Kedengaran suara setiausahanya di corong talian.
"Tengku, someone is on the line!"
"Siapa?"
"She didn't tell her name. "
"Okay just pass me the line. "
"Helo." Dalam sedetik kedengaran suara seorang wanita.
Tengku Hakimi tersentak. Hampir tercampak pen yang sedang dipegangnya. "Jasmin?" Dia meneka.
"Oh my god! You masih kenal suara I?"
"You nak apa?" bentak Tengku Hakimi tanpa menunggu.
"Sorry, sayang. I tak mengganggu you, kan? Boleh tak kita jumpa? I dah buat reservation untuk makan tengah hari di restoran yang you suka tu. I ada hal nak bincang dengan you!" Raja Jasmin berkata dalam lenggok manja.
Tengku Hakimi bersikap tenang. Lenggok suara sebegitulah yang pernah membuatkannya separuh gila. Dipejamkan matanya menahan luluh yang tiba-tiba terasa. Ditahan jiwanya agar dapat mengawal pilu yang kian mencengkam di hati.
"Kimi, you dengar tak apa I cakap?"
Tengku Hakimi pantas menarik nafas panjang. Raja Jasmin adalah wanita pertama yang disayanginya. Meskipun wanita itu adalah pilihan keluarganya, namun dia tetap cuba menyintai. Malah, sejak pandangan kali pertama dia sebenarnya sudah jatuh cinta. Apakan daya, kasihnya tidak sempat mendaki ke puncak bahagia walaupun wanita itu berjaya dimilikinya.
"Sayang..."
"Oh, sorry. " Tengku Hakimi tersedar daripada lamunan.
"What? Sorry? Wow... first time I dengar you sebut perkataan itu pada I."
Tengku Hakimi terpaku. Ini pertama kali aku sebut perkataan maaf kepada dia? Biar betul?
"Ah, forget about it! I nak jumpa you pukul 2.00 petang di restoran yang kita selalu pergi dulu." Raja Jasmin menyatakan tujuan panggilan itu dibuat.
Tengku Hakimi memandang jam. Baru pukul 12.00 tengah hari.
"You datang tau! I tunggu you."
"Kalau I tak nak pergi?" duga Tengku Hakimi.
"You tetap kena datang!"
"No! I tak nak pergi. You tak boleh paksa I," bangkang Tengku Hakimi.
"Okay, fine! Kalau you tak datang, you tunggulah surat daripada peguam I!" Raja Jasmin melenting.
Tengku Hakimi tersentak.
"Apa maksud you? Surat daripada peguam you? I don't understand." Berkerut dahinya. Mula merasakan pertemuan yang dirancang sebenarnya terselit satu muslihat.
"I nak tuntut hak penjagaan Murni."
"What? You jangan jadi gila, Min! Murni tu hak I."
Raja Jasmin ketawa besar.
"Tapi I lebih berhak. I, mama yang melahirkan Murni."
"Baru sekarang you sedar yang you tu mama kepada Murni? Dah terlambat! Mana you pergi selama empat tahun ni? You tinggalkan dia pada I semata-mata ikut jantan lain. You dah lupa ke?" Tengku Hakimi bertempik.
"You jangan cari nahas, Kimi! I akan bawa hal ni ke mahkamah."
"I don't care. It's not a big deal to me. I'll fight! I akan dapatkan hak penjagaan Murni yang sepenuhnya," tegas Tengku Hakimi disertakan dengan tumbukan kuat di permukaan meja.
YOU ARE READING
BICARA HATI
RomanceBICARA HATI adalah karya pertama Damya Hanna yang telah diberi nafas baharu. Novel ini pernah diterbitkan pada tahun 2003 oleh Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd. dan mempunyai sekuel yang berjudul Bicara Hati 2. __________ SINOPSIS DALAM satu kemalangan...