** BAB 1 **
"AWAK dah gila ke? Awak ingat saya ni perempuan murahan?" marah Zahlia sambil membeliakkan biji mata.
Tengku Syahran berasa gerun meli-hat wajah bengis gadis yang bertudung di hadapannya itu. Nampak lembut tapi garang.
Tengku Syahran masih ingat lagi peristiwa seminggu lalu. Kereta Honda Preludenya telah dilanggar oleh kereta gadis itu. Geram sungguh! Ingin sahaja ditengking gadis itu yang hanya memperkenalkan diri sebagai Alia.
Dahlah hatinya sedang panas dengan kerenah emaknya yang suka-suka hendak kahwinkan dia dengan Linda. Ini pula, kereta kesayangannya kena balun!
"Tolonglah Cik Alia! Cik Alia aje yang dapat tolong saya sekarang ni!" rayu Tengku Syahran.
"Tapi..." Zahlia jadi serba salah.
Memang dia terhutang budi dengan Tengku Syahran. Lelaki itu tidak meminta wang walaupun kenderaan mereka telah berlanggar. Tapi takkanlah kerana ingin membalas budi, dia perlu mengorbankan hidupnya? Menjadi isteri kepada lelaki yang baru dikenali seminggu lalu? Tak masuk akal langsung!
'Cik Alia jadilah isteri saya. Itu aje permintaan saya!' Ayat itu masih terngiang-nigang di telinganya.
"Arrghhhh!!!" Zahlia rasa ingin menjerit. Biar satu dunia tahu dan dengar kebuntuannya ketika itu.
"Bagaimana? Setuju? Kita kahwin? Saya cuma nak minta tolong Cik Alia berlakon depan mak saya aje. Saya janji takkan ganggu Cik Alia lepas semuanya selesai." Tengku Syahran menjelaskan lagi rancangannya.
"Amboi, senangnya awak cakap! Awak tu lelaki tapi saya ni perempuan. Awak tak fikir ke pasal maruah saya sebagai wanita masa awak nak memperisterikan saya dengan cara macam ni? Apa akan jadi kalau orang tahu? Perkahwinan macam ni, berdosa awak tahu tak?" petah Zahlia meng-huraikan hujah.
Tengku Syahran terdiam seketika. Dia terlupa untuk memikirkan hal itu. Selama ini fikirannya kacau memikirkan paksaan emaknya, Tengku Badariah yang mahu dia berkahwin dengan Linda. Tengku Syahran tidak mahu menurut kerana Linda adalah gadis liar yang tidak pernah dicintai. Tapi Zahlia pun dia tak cinta!
Entahlah. Mungkin kerana penampilan Zahlia jauh berbeza jika hendak dibandingkan dengan Linda. Tak tahu kenapa, dia bagai diberi ilham untuk mengambil gadis bertudung itu sebagai isterinya. Dia merasakan itu adalah alasan kukuh untuk dia menolak paksaan emaknya.
"Mak mahu kamu berkahwin dengan Linda! Mak dah berbincang dengan Datin Rohana dan dia setuju!" Permintaan emaknya kedengaran lagi.
Tengku Syahran memicit-micitkan kepalanya. Tiba-tiba sahaja dia terasa pening. Otaknya kembali berserabut dan dia perlu - kan seseorang untuk meringankan beban itu.
"Encik Syah! Kalau awak nak buat rancangan, patutnya fikir dulu kesan yang akan berlaku. Ini tak, main rempuh aje. Sorry... I can't accept your offer. Walaupun saya terhutang budi pada Encik Syah, tapi semua ni kerja gila."
Zahlia bingkas berdiri. Dia berkira-kira untuk meninggal-kan tempat itu. Suka-suka hati dia nak ajak aku kahwin guna cara tu! Gila... dia ingat aku ni perempuan yang senang ditolak dan ditarik sesuka hati agaknya. Boleh blah lah!!!
"Cik Alia, saya betul-betul perlukan bantuan Cik Alia. Mintalah apa saja yang Cik Alia nak, saya akan penuhi dengan syarat Cik Alia terima tawaran jadi isteri saya!"
Zahlia terlopong. Ini dah kes berat. Nahas, kalau mak aku tahu! Hatinya berdetik.
"Boleh?"
"Encik Syah, please! Jangan paksa saya. Lelaki jenis apa awak ni? Awak ingat kahwin tu perkara main-main ke? Kalau ini caranya nak mencipta ikatan, baik tak usah. Saya tak nak jadi seorang hamba yang dibenci ALLAH. Menganggap perkah-winan sesuatu yang boleh ditolak tepi."
YOU ARE READING
BICARA HATI
RomanceBICARA HATI adalah karya pertama Damya Hanna yang telah diberi nafas baharu. Novel ini pernah diterbitkan pada tahun 2003 oleh Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd. dan mempunyai sekuel yang berjudul Bicara Hati 2. __________ SINOPSIS DALAM satu kemalangan...