𝐏𝐑𝐎𝐋𝐎𝐆

770 37 8
                                    

Port Dickson

SPLASH! SPLASH!

"Ish Mai janganlah sembur air dekat kita masuk mata tau tak," adu budak kecil berumur 13 tahun.

"HAHAHAHAH NAH AMBIK LAGI!" Budak berumur 13 tahun itu hanya mengedahkan amarah sepupunya.

"Babygirl stop. Jangan buat macam tu sayang kesian Lisa tu," tegur seorang wanita. Mendengar teguran ibunya, Mai berhenti menyemburkan air kepada Lisa.

"Hehe sorry mama, Lisa, babygirl tak buat dah."

Lisa mencebik. Habis mata dia masuk air. Nasib tak masin. Kalau tak, lagi teruk lah dia kena.

"Mai boleh tolong Pak Long panggil Abang Lish?"

Mai mengangguk.

"Boleh je paklong. Mai pergi panggil Abang Lish kejap eh." Pak Long mengangguk. Mai berlalu pergi ke tempat kolam orang dewasa.

"Eee mana Abang Lish ni?" Rungut Mai.

Yang dia lihat hanyalah kelibat orang dewasa sahaja takde pun Abang Lish.

Tengah kusyuk mencari Abang Lish, tiba-tiba sahaja dia terlanggar satu susuk tubuh berbadan tegap. Dia terjatuh ke dalam kolam yang dalam itu.

"Argh!" Dia menjerit dia dapat rasakan tiada siapa dengar sebab dia menjerit dalam air tubuh yang melanggarnya itu hanya pergi meninggalkan Mai.

"T-tolong..." Mai menangis. Dia rasa dirinya terapung. Kaki dia tidak dapat menjejak lantai.

Perlahan-lahan dia berasa sesak nafas. Tiba-tiba sahaja ada tangan seseorang menarik pinggangnya dan mengangkat dia naik ke atas.

"Uhuk! Uhuk!"

Turun naik nafasnya.

"Kau okay?" Lelaki yang menyelamatkannya itu bertanya.

"O-Okay terima kasih selamatkan saya," ucap Mai tersenyum manis. Lelaki itu terpana seketika melihat senyuman itu.

"MAIA!" Jerit seseorang.

Mai memandang ke arah suara itu. Pandangannya kini dihiasi dengan kelibat Abang Lish.

"Kenapa dengan dia ni?" Tanya Abang Lish kepada remaja lelaki itu.

"Tadi saya tengah lalu kat sini lepastu ada sorang mat saleh langgar dia dan terus bla saya pun terjun la nak selamatkan dia ni," terangnya panjang lebar. Lagaknya seperti orang dewasa sedangkan umur masih belasan tahun.

"Ya Allah... Betul ke Mai?" Tanya Abang Lish. Dia memandang Mai dengan riak risau.

"Iya, nasib lelaki ni ada kalau tak Mai dah lemas," ujar Mai.

"Oh, kalau macam itu thank you selamatkan my cousin," ucap Abang Lish. Lelaki itu hanya mengangguk. Dia berlalu pergi dari tempat itu.

"Dah, jom. Maklong mesti risaukan Mai." Mai mengangguk dan berjalan di sebelah abang sepupunya.

ⓀⒶⒾⓂⒾⓎⒶ

SEBUAH keluarga sedang bersiap untuk pulang ke rumah setelah beberapa hari bercuti.

"Lisa nanti bagitahu mama yang Mai turun bawah jap," kata Mai. Lisa hanya mengangguk. Mai berlalu keluar dan turun ke bawah untuk mencari seseorang.

"Hmm, abang semalam tu ada lagi ke tidak eh?" Gumam Mai. Matanya meliar ke sekeliling.

"Hai," sapa seseorang. Mai memusingkan badannya ke belakang. Eh?

"Awak yang semalam tu kan yang selamatkan saya?" Tanya Mai teruja. Lelaki itu hanya mengangguk.

"Kau buat apa kat sini nak kena langgar dengan mat saleh lagi ke?" Soal remaja lelaki itu. Mai menggelengkan kepalanya.

"Hehe tak. Saya cari awak sebenarnya." Berkerut dahi lelaki itu.

"Kenapa kau cari aku?" Mai tersenyum.

"Saya nak cakap terima kasih sebab selamatkan saya," ucap Mai sambil tersenyum manis.

"Sama sama," balasnya sambil mengambil sesuatu di dalam poket seluarnya.

"Nah, untuk kau. Aku nak kau simpan."

"Kenapa bagi getah hitam untuk saya?" Mai bertanya.

"Kau simpan je lah, nanti kita jumpa lagi." Mai berasa sedih. Dia mengambil getah dari tangan lelaki itu sambil tersenyum.

"Pakai je kat tangan kau sampai bila-bila boleh?" Mai mengangguk dengan senyuman tak lekang dari bibirnya.

"Okay! Saya janji akan simpan sampai bila-bila." Mai membuat pinky promise.

"Kau cantik-cantik ni nak balik dah ke?" Dia bertanya.

"Haah. Esok dah sekolah tapi bila kita boleh jumpa lagi?" Tanya Mai.

"Aku tak tahu tu biar tuhan yang tentukan takdir untuk kita berjumpa."

"Hm, saya harap boleh jumpa awak lagi." Mai tersenyum sehingga menampakkan giginya yang tersusun cantik.

"Nama kau apa?" Tanya remaja lelaki itu.

"Maia, nama saya panjang tapi lupa hehe." Lelaki itu hanya senyum.

"Takpe, aku faham." Dia berkata lembut.

"Nama awak pulak siapa?" Tanya Mai pula.

"Ka-"

"BABYGIRL! MARI SINI KAT MAMA!" Suara mama Mai memanggil Maia kedengaran. Wanita itu berjalan mendekati anak perempuannya.

"Ni siapa babygirl?" Tanya mama Mai.

"Ni la orang yang babygirl cakap semalam tu." Mama Mai tersenyum.

"Awak ke? Terima kasih selamatkan anak aunty." Lelaki itu hanya mengangguk.

"Dah, jom sayang kita dah lewat." Mai berjalan mengikuti mamanya sambil melambaikan tangan kepada lelaki itu.

"I hope we will meet again one day my dear, Maia."

MRS. KAI UQASHA OBSESSION [SU] Where stories live. Discover now