𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 𝟓

202 19 7
                                    

TING!!

Miya capai telefon pintar. Aplikasi E-mail dibuka.

Bibir bergerak membaca setiap patah perkataan yang tertulis. Bola mata Miya membulat, mulut ternganga kecil. Tak percaya. Satu tangan naik menekup mulut.

"ARGH!!!! FINALLY!!!!" Jerit Miya teruja. 

"HOI! KAU APAHAL JERIT?!" Marah Amaira geram. Sakit telinganya mendengar jeritan Miya.

"Sakit telinga aku," kata Orkid. Nak marah tapi kena sabar. Haih.

"Aku diterima kerja dekat Kai'Shah Holding!" Beritahu Miya teruja. Hati melonjak suka.

"Weh, seriuslah!?" Tanya mereka berdua serentak.

"Ya! Esok pukul 9 pagi aku dah kena ada kat sana," kata Miya.

"Wah! Tahniah kawanku!" ujar mereka serentak dan memeluk Miya. Miya membalas pelukan dua gadis itu.

"Ha, kalau macam tu jom shopping. Kau mesti takde baju lagi kan?" Kata Amaira, Miya mengangguk kepala.

"Ha, boleh sangat tu. Kau belanja. Thank you Mai cayang!" Ujar Miya lalu menarik tangan Orkid ke atas. Ingin bersiap.

"INGAT AKU COP DUIT KE!?" Jerit Amaira dari bawah.

Beberapa minit kemudian...

Amaira turun bawah. Kepala menoleh ke ruang tamu.

"Apa?" Selamba Amaira tanya Miya yang menjeling dirinya. Miya hanya diam dengan muka masam.

"So, kita nak pergi mall mana?" Tanya Orkid yang baru sahaja turun. Semestinya Orkid selalu lambat dalam circle diaorang.

"I-City?" Cadang Miya. Amaira dan Orkid mengangguk setuju.

"Ha, jom lah panas ni." Orkid masuk ke dalam perut kereta bersama Maira.

Kereta mula bergerak keluar dari kawasan perumahan mereka.

"Fuh sejuknya." Miya menghalakan mukanya pada aircond kereta. Orkid di belakang mengeluh.

"Ish, Miya jangan lah halang aircond tu dengan muka kau. Aku panas ni," rungut Orkid yang berada di belakang.

"Panas-panas banyak dosa la tu," perli Amaira.

"Dah kau duduk dekat aircond tu panaskan? So, kau pun banyak dosa," bidas Orkid.

Terkejut Miya dan Orkid saat kereta diberhentikan secara tiba-tiba. Mujur dahi Kita tak terhantuk ke dashboard namun kepala Orkid pula yang terhantuk ke cermin kereta.

"Eh, korang dua boleh diam tak? Bising lah. Aku nak bawa kereta pun tak senang," marah Amaira. Hilang sabarnya mendengar perbalahan Miya dan Orkid. Ingin saja dihantuk kan kepala mereka berdua itu.

"Aku tak belanja baru tahu," sambung Amaira lalu meneruskan perjalanan.

"Okay tak bising dah." Serentak Miya dan Orkid berkata.

Setelah lama perjalanan akhirnya mereka tiba juga di I-City.

"Kita nak beli apa dulu?" Tanya Miya.

"I think baju dulu then kita lunch," kata Amaira. Miya dan Orkid mengangguk. Mereka bertiga berjalan menuju ke H&M.

"Korang pergi lah beli aku stay sini. Nah, kad." Tersengih Miya dan Orkid lalu kepala diangguk laju. 

Selesai sahaja mereka berdua membeli, terus mereka bertiga menuju ke arah Amaira yang sedang bermain Iphone 14 pro max miliknya. Member orang kaya.

"Seriuslah? 3K? Korang beli baju pakej membuat baju sekali ke?" Sindir Amaira. Miya dan Orkid hanya tersenyum manis.

"Hehe... Sekarang nak pergi mana pula?" Miya tukar topik.

MRS. KAI UQASHA OBSESSION [SU] Where stories live. Discover now