𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 𝟏𝟒

117 15 0
                                    


Selesai sahaja Miya menghabiskan tugasnya hari ini dia mengemas segala barang yang berselerak di atas meja kerjanya dan menyusun beberapa helai kertas supaya kelihatan kemas.

"Okay nice." Tersenyum bangga apabila kertas dan barang yang berselerak akhirnya di susun rapi dan kemas.

"Miya?" Panggil Kai yang baru sahaja keluar dari bilik kerjanya.

Miya memandang kearah suara yang amat dikenali. Tak berkelip matanya apabila kelihatan Kai sedang menyingsing lengan bajunya sehingga siku.

"Fuh pandangan tu macam nak makan orang." Tegur Kai. Miya terus sahaja mengelipkan matanya secara normal.

"Takdenya." Kata Miya sambil membetulkan sedikit tudungnya yang agak senget di cermin.

"Dah dah la tu betulkan dah cantik manis." Puji Kai sambil tertumpu perhatian kearah Miya.

"Tu dekat mata awak bukan saya okay." Miya membela dirinya, Kai hanya mengelengkan kepala melihat tingkah laku Miya. Comel.

"I love your outfit today. Pinky pinky nice." Puji Kai lagi sambil tersenyum menampakan lesung pipitnya.

"Of course." Miya tersenyum bangga, Kai hanya memandang tangan Miya yang sedang membetulkan tudung. Lama dia memerhati tangan Miya berhenti dari membetulkan tudungnya itu.

"Kau balik naik apa?" Tanya Kai apabila nampak Miya hanya diam.

"Naik grab harini saya tak bawak kereta." Jawab Miya.

"Aku hantar kau balik eh?"

"Boleh ke?"

"Anything for you my dear." Miya mengangguk mengambil handbag yang terletak di atas meja.

"Okay dah jom." Miya tersenyum tipis. Kai mengangguk menuju ke arah lift menekan punat lift.

ⓀⒶⒾⓂⒾⓎⒶ

Suasana di dalam kereta hanya sunyi Kai hanya focus memandu kereta. Berkerut dahi Miya apabila Kai masuk kearah satu perumahan mewah.

"Kai kita nak pergi mana?" Tanya Miya pelik.

"Secret." Kai memberhentikan keretanya di satu rumah banglo mewah.

"Rumah siapa ni Kai?" Tanya Miya dan sekali lagi dahinya berkerut. Kai tersengih.

"Just follow me dear." Miya mengangguk dan keluar kereta bersama Kai.

Kelihatan seorang perempuan berusia dalam lingkungan 40an keluar dari pintu banglo mewah itu.

"Assalammualaikum." Kai memberi salam.

"Waalaikumsalam. Kai, Miya sampai juga lama mummy tunggu." Sapa lembut Datin Amelia. Kai dan Miya tersenyum.

"Sorry mummy jalan jem sikit tadi." Datin Amelia hanya mengangguk. Miya hanya tersenyum. Bawak rumah mak dia rupanya.

"Miya sihat?" Tegur Datin Amelia ramah.

"Alhamdulilah aunty sihat." Miya tersenyum manis.

"Ha jom la masuk Miya macam macam mummy masak untuk dinner." Datin Amelia menarik lembut lengan Miya. Kai mencebik tak puas hati.

"Mummy dah lupa Kai ke?" Kata Kai dengan suara merajuk.

"Haah ingat menantu mummy je." Usai berkata, Datin Amelia tersengih dan membawa Miya masuk ke dalam. Kai mencebik.

"Eleh terus title menantu hmphh."

ⓀⒶⒾⓂⒾⓎⒶ

Miya hanya diam selepas menjamu selera makanan yang di masak oleh Datin Amelia.

MRS. KAI UQASHA OBSESSION [SU] Where stories live. Discover now