𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 𝟐𝟎

53 6 0
                                    


TELEFON pintar miliknya dicapai. Aplikasi WhatsApp ditekan. Hanya satu nama sahaja yang berada di dalam kepalanya sekarang.

Future wife.

Itulah nama yang dia save di kenalan itu.

Kai
-Assalamualaikum bakal isteri, tengah buat apa tu?

Miya
-Waalaikumussalam, ada ni ha tengah bermanja dengan Dexter.

Kai
-Ooo. Jom keluar nak tak?

Miya
-Sekarang ke sayang?

Kai
-Hah?

Miya
-I mean, Kai.

Kai
-Pergilah bersiap. Kejap lagi I datang ambil.

Miya
-Kai pakai warna pink tau!

Kai
-Yalah...

Tergeleng kepala Kai. Haritu dia dah pakai pink, sekarang kena pakai lagi. Nasib baik lah bakal isteri sendiri.

Kunci kereta dicapai lalu dia berlalu keluar dari rumah. Tubuh diboloskan ke dalam keretanya. Ingin mengambil bakal isterinya.

ⓀⒶⒾⓂⒾⓎⒶ

PIN! PIN!

Mendengar bunyi hon kereta, terus Miya keluar dari rumah. Dia masuk ke dalam kereta Kai.

"Hai!" Ceria suara Miya menyapa. Dia tersenyum manis. Suka apabila melihat Kai memakai baju pink sama dengan dirinya.

"Hai," balas Kai. Kereta mula dipandu meninggalkan kawasan perumahan itu.

"Kai, kita nak pergi mana?" Tanya Miya.

"Butik pengantin."

"Untuk?" Soal Miya. Blur.

"Beli baju pengantin lah. Takkan nak memasak pula di sana?" Bidas Kai. Miya jeling.

"Maaf. I takde niat nak buat you sakit hati. Sorry okay?" Ucap Kai. Tersenyum Miya. Kepalanya diangukkan-angukkan.

"Jauh ke butik tu?"

"Tak jauh mana."

"Kai, nanti lepas habis beli baju pengantin ni, kita jalan-jalan tau," kata Miya.

Kai menganggukkan kepala.

"Boleh je. Untuk bakal isteri saya semuanya boleh."

"Sebab boleh," ujar Miya.

"Nak kena ketuk ke kepala tu?" Soal Kai. Boleh pula dia balas macam tu.

"Sebab boleh." Miya senyum tak bersalah.

"Ha yalah. Asalkan awak bahagia."

Miya ketawa mendengar. Pasrah sungguh nada suara Kai.

ⓀⒶⒾⓂⒾⓎⒶ

KAKI melangkah laju ke arah Taman Air yang berada beberapa kilometer sahaja darinya. Tangan kanan menyeluk masuk ke dalam poket baju hoodienya.

Ramai mata yang memandang ke arahnya, namun langsung tak di endahkan. Malahan, langkah kaki semakin dilajukan.

Dia tak suka populariti. Rimas. Orang pandang dia sahaja dah buat dia rasa nak menghilang.

Sebaik sahaja tiba di Taman Air itu, kakinya berhenti melangkah. Mata meliar memandang ke arah sekeliling Taman Air ini. Mencari sosok yang ingin dijumpainya.

Bibir nipis lelaki itu mula membentuk satu senyuman kecil saat pandangannya menangkap akan sosok yang sangat dikenalinya.

Kaki laju melangkah mendekati sosok itu.

MRS. KAI UQASHA OBSESSION [SU] Where stories live. Discover now