𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 𝟖

152 16 3
                                    

SAMPAI sahaja di KLIA, Miya dan Amaira segera mencari adik Miya.

"Ish, mana adik kau ni?" Rungut Amaira. 

"MIYA!!!" Panggil seseorang lalu Miya menoleh. Kelihatan adiknya, Han Melina Melissa sedang berlari ke arahnya.

"Assalamualaikum, Mel sihat?" Melina tertunduk malu dan mengangguk. Tanpa membuang masa mereka beredar dari situ kerana keadaan yang semakin sesak.

Sampai sahaja di kereta, Amaira yang baru sahaja mahu duduk dihadapan tersentak apabila ada satu tangan yang menarik.

"Biar aku duduk depan," kata Melina. Angkuh sahaja nada suaranya.

"Biar jelah dia duduk depan Mai," ujar Miya, Amaira angguk pasrah lalu masuk ke tempat duduk belakang.

"Mel, kat malaysia ni panas sangat ke? Sampai pakai ketat dengan baju terkoyak sini sana? Duit banyak tapi tak guna." Amaira menyindir pedas.

Miya yang mendengar menjeling pakaian adiknya dengan hujung ekor mata. Benar pakaian adiknya memang tak cukup kain.

Baju dan skirt yang dipakai adiknya terlalu ketat dan sangat terdedah. Baju yang dipakai menampakkan bahunya. Dibiarkan sahaja terdedah dilihat lelaki. Skirt pula hanya separas lutut. Menampakkan kaki putihnya.

"Biarlah." Sombong Melina membalas. Amaira juling mata ke atas. Miya pula hanya mendiamkan diri.

ⓀⒶⒾⓂⒾⓎⒶ

SETELAH 1 jam perjalanan, akhirnya tiba juga mereka di rumah keluarga Miya.

Mereka bertiga keluar dari kereta.

"MAMA!! MEL ANAK MANJAH MAMA DAH BALIK!!!" Jerit Melina riang.

"Haih kamu ni dengan salamnya takde," tegur Puan Amaiya.

"Assalamualaikum, maksu ku tercinta. Anak saudaramu ini balik," sapa Amaira bernada perlian.

"Waalaikumussalam," jawab Puan Amaiya. Tersenyum manis.

"Dah lah, mama Mel naik bilik dulu. Mengantuk," ujar Melina. Dia tak mengantuk cuma mahu mengelakkan diri terus diperli Amaira.

"Rehatlah. Petang ni dalam pukul 4 ada majlis sempena kamu balik."

Melina hanya mengangguk lalu berjalan ke lift.

"Assalamualaikum, mama," sapa Miya

"Waalaikumusalam. Jom masuk. Bibik ambil beg Mel bawa naik ke atas ya?" Kata Puan Amaiya kepada bibik mereka.

"Jom masuk." Puan Amaiya yang berasa kurang sesuatu akhirnya teringat.

"Mana menantu mama?" Tanya Puan Amaiya.

Miya senyum. Sudah agak soalan itu akan ditanya.

"Hm, pukul tiga nanti katanya nak datang," jawab Miya lembut.

"Papa mana ma?" Tanya Miya. Selalunya Tuan Marteen yang bersemangat bila kedua anak perempuannya balik.

"Mama suruh pergi kedai beli barang nak masak nanti."

"Oh." Miya angguk kepala. 

"Mama, kakak naik dulu lah. Penat drive tadi. Jom Mai." Amaira yang sedari tadi hanya mendengar perbualan mereka hanya mengangguk. Miya dan Amaira menyalam tangan Puan Amaiya dan terus melangkah naik ke bilik masing-masing.

ⓀⒶⒾⓂⒾⓎⒶ

MATA hanya fokus memandang ke arah laptop. Manakala jari-jemari pula menekan-nekan papan kekunci laptop.

MRS. KAI UQASHA OBSESSION [SU] Where stories live. Discover now