𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 𝟏𝟗

74 6 0
                                    


"AWAK."

Diam.

"Maira."

Amaira mengeluh. Sabar Maira, sabar... Desis hati Amaira.

"Amaira Khalissa."

Amaira memusingkan badannya ke belakang. Kepala mendongak ke atas untuk menatap wajah lelaki di depannya.

"Kau nak apa Airel Zahir anak Aidil Zafuan?" Soal Amaira kegeraman. Rimas asyik dipanggil dari tadi.

"Eh, janganlah marah. Nanti cepat meningkat umur. Nah, makanlah aiskrim untuk meredakan stress yang tak berapa stress." Airel hulur aiskrim yang dibelinya tadi kepada Amaira.

"Thank you," ucap Amaira ceria. Mood yang tadi merundum jatuh serta merta berubah apabila mendapat aiskrim.

"Cecama cayang I," kata Airel. Amaira menggulingkan bebola matanya. Cair? Tak! Dia geli adalah. Suara Airel memang minta kaki dimuka.

Melihat wajah geli Amaira membuat Airel menarik senyum sehingga menampakkan gigi taringnya yang comel.

"Esok awak kerja ke?" Airel menyoal. Meliar matanya memandang sekeliling. Sekarang mereka berada di sebuah taman berdekatan dengan kediamannya.

"Tak. Mc. Kenapa?" Balas Amaira seraya bertanya.

"Jom, ride pergi JB?" Ajak Airel.

"Sekarang pun boleh!" Laju Amaira membalas dengan teruja.

"Tapi baby saya dekat rumah. Saya datang sini pakai kereta tadi," kata Airel.

"Oh, ya jugak. Lepas tu, macam mana ni?" Tanya Amaira bingung.

"Kejap. Saya call driver hantar motor." iPhone XS miliknya yang berada di dalam poket seluar dikeluarkan.

"Eh, tak payahlah!" Bantah Amaira.

"Kenapa?" Airel pelik.

"Saya tak nak susahkan awak."

"Tak susah pun."

Amaira diam selepas itu. Tak berkata apa.

ⓀⒶⒾⓂⒾⓎⒶ

"HAI, Abang Kai!" Sapa Melina ceria. Bibir tersenyum manis.

"Kau nak apa? Aku takde masa nak layan kau. Blah," ujar Kai. Riak wajahnya jelas menunjukkan riak menyampah.

"Eh, Mel nak tanya khabar aje, takkan tak boleh?" Soal Melina dengan suara yang sengaja dilembutkan.

Kai picit dahi. Dia tak cair pun dengar suara 'lembut' Melina. Buat dia makin menyampah adalah. Rimas!

"Tak. Blah." Dingin Kai.

Melina mencebik. Susah betul nak mengorat Abang Kai ni. Baru sahaja Melina ingin membuka mulut, suara Kai terlebih dahulu kedengaran. Membantutkan niatnya.

"Jarak sikit. Kau busuk," kutuk Kai. Melina ternganga. Busuk?

"Kau pakai perfume apa? Perfume Mak Jemah?" Sindir Kai.

MRS. KAI UQASHA OBSESSION [SU] Where stories live. Discover now