𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 𝟔

177 16 2
                                    

SEORANG lelaki datang menghampiri Orkid.

"Hai adik mani! Sorang je ke?" Orkid mendongak kepalanya ke atas. Wajah terus berubah menyampah.

"Tak lah, ni ada kawan-kawan saya tengah gosok baju," sinis Orkid.

"Ya I see, can I sit?" Orkid mengangguk.

"Awak-"

"Assalamualaikum, Zhafran Zakri." Perli Orkid. Mananya tak perli datang-datang je minta nak duduk.

Zhafran sentap. Haritu dah kena dengan Orkid masa dekat Family Mart.

"Waalaikumusalam," jawab Zhafran sambil tersengih.

"Ish mana Miya ni," rungut Orkid. Zhafran yang perasan dengan tingkah Orkid terus sahaja menegur.

"Awak tunggu orang ke?" Tanya Zhafran.

"Haah. Dia cakap nak lunch dengan aku." Zhafran mengangguk faham dan kedengaran telefon Orkid berdering.

"Hello beb kau kat mana?" Soal Orkid. Rasa geram ditahan.

"Wei, sorry Kid. Mamat kerek ni paksa aku lunch dengan dia." Kedengaran suara Miya di corong telefon.

"Haih, yalah." Pantas Orkid menamatkan panggilan telefon.

"Awak belajar dekat UM dekat-dekat sini ke?" Tanya Zhafran. Orkid mengangguk kepala.

"Dah lah, aku nak kena balik UM dan terima kasih belanja. Assalamualaikum." Zhafran menjawab salam dalam hati dan mengikuti Orkid.

"Kau kenapa ikut aku ni?" Tanya Orkid yang baru perasan Zhafran mengikutinya.

"Awak nak balik jalan kaki ke dekat UM?" Zhafran menyoal dan Orkid mengangguk.

"Saya tak nak awa balik jalan kaki. Ikut saya, bahaya tahu tak kawasan ni." Tegas tapi lembut nada suara Zhafran berkata.

"Takpe. Aku boleh-"

"What I'm saying please listen Orkid Nazira." Potong Zhafran dengan laju. Tadi ketika dia ingin menghampiri Orkid matanya tajam melihat seseorang yang kelihatan curiga.

Orkid mengangguk dan ikut Zhafran masuk ke dalam kereta.

ⓀⒶⒾⓂⒾⓎⒶ

"SO, ni meja you. Nanti kalau ada apa-apa masalah bagitahu staff," ujar Kai. Miya angguk kepala.

"I masuk bilik dulu." Sekali lagi, Miya angguk kepala.

"You bisu ke apa?" Sindir Kai. Miya menjeling.

"Tak, meja ni cantik. I suka," kata Miya.

"Haah, sama dengan tuan badan orang depan I ni," ujar Kai dan berlalu ke bilik offices nya.

Baru sahaja Miya mahu duduk ada seorang wanita yang menegur dirinya. Kalau tengok macam umur 40an.

"Assalamualaikum, awak ni pengganti Linda ya?" Soalnya. Miya tersenyum lalu kepala diangguk

"Haah, ya saya. Err..."

"Datin Kayrina Amelia. Aunty mak kandung boss awak," ujar Datin Amelia. Perasan yang Miya seolah teragak-agak mahu memanggil dirinya apa.

"Saya Han Maia Amiya. Datin panggil saja saya Miya," sopan Miya berujar. Bibir tersenyum manis.

"Eh, apa kamu ni. Tak payah nak berdatin-datin. Semua panggil Aunty Amelia je." Miya angguk kepala. Jujur dia katakan, Aunty Amelia nampak sungguh muda. Tak nampak seperti sudah berumur 40an.

"Miya umur berapa? Nampak muda je aunty tengok."

"Baru 23 aunty," jawab Miya. Datin Amelia mengangguk kepala.

MRS. KAI UQASHA OBSESSION [SU] Where stories live. Discover now